PERHATIAN: Laman alqayyum2u.blogspot.com ini tidak lagi dikemaskini. Sila layari laman web kami di alqayyum2u.com untuk paparan yang lebih baik dan terkini. Syukron jazilan. - Pentadbir

Jumaat, 12 Disember 2014

Berhati-hati Dengan Penyamar!

PERINGATAN!! BERHATI-HATI DENGAN PENYAMAR!! AWAS DENGAN PENIPUAN!! ADA PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TELAH MENYAMAR SEBAGAI PERAWAT DARI PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™

Sila hubungi 017-211 4745 (Ustaz Shakir Aqmal) atau 017-765 1747 (Mu'alij Zain Misbah) segera untuk sebarang Pengesahan atau Pertanyaan lanjut mengenai PERAWAT kami.




Antara langkah-langkah keselamatan bagi anda untuk mempastikan kesohihan Perawat PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ adalah seperti berikut:

1) Tanya kepada Perawat berkenaan tentang Nombor Kakitangannya. Anda boleh merujuk Nombor Kakitangannya dengan menghantar SMS/WhatsApp kepada kami. Setiap kakitangan PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ mempunyai Nombor Kakitangan yang rasmi.

2) Setakat hari ini, kami belum lagi membuka mana-mana Cawangan PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ atau melantik mana-mana wakil. Hanya terdapat SATU sahaja PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ iaitu di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. SEMUA Perawat kami yang diiktiraf dan SAH sebagai Perawat Islam, buat masa ini; hanya  berada di KUALA LUMPUR sahaja.

3) Sila hubungi kami segera sekiranya anda berasa was-was atau ragu-ragu samada seseorang itu Perawat PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ yang tulen atau pun bukan (Penyamar). Sila hubungi 017-211 4745 (Ustaz Shakir Aqmal) atau 017-765 1747 (Mu'alij Zain Misbah) segera untuk sebarang Pengesahan atau Pertanyaan lanjut mengenai PERAWAT kami.

4) Rawatan dan Terapi Al-Quran yang diamalkan oleh kami adalah berlandaskan Syariat Islam dan Hukum Syarak sepenuhnya. Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias menjadi pegangan paling utama kami. Tidak ada perbuatan atau pengamalan yang pelik, aneh atau mungkar. Sekiranya ada terdapat unsur-unsur yang bertentangan atau meragukan atau bercampur baur antara yang hak dan yang bathil, dalam teknik perubatan yang dijalankan; maka pastinya itu bukan dari PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™. Wallahua'lam. Bismillahi Allahu akhbar!

Syukron jazilan.

Ikhlas dari
Pentadbir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™


Baca >> Awas Dengan Penipuan