Jumaat, 19 September 2014

Rawatan Rumah: Sarang Jin di Kondo Mewah

Gangguan jin dan syaiton bukan sahaja boleh berlaku ke atas minda, tubuh, rohani, hati dan jiwa Pesakit, malahan boleh juga ke atas tempat kediaman. Semua jenis kediaman; samada banglo, rumah teres, condominium, apartment, rumah kampung dan sebagainya; pasti tidak terlepas dari gangguan jin dan syaiton. Mengapa ini berlaku? Ada banyak sebab dan kemungkinan yang menyebabkan sesuatu gangguan itu berlaku seperti angkara sihir, saka, lintasan, kifarah (pengampunan dosa), perlakuan syirik, pengamalan ilmu sesat atau sebagainya lagi. 

Sesungguhnya jin dan syaiton itu boleh berada di mana-mana sahaja dan sudah menjadi tugas mereka ini untuk menyesatkan dan memudaratkan manusia, terutamanya orang Islam; sehinggalah ke hari Kiamat kelak. Apa yang penting, di dalam berusaha dan berikhtiar untuk menghapuskan gangguan jin dan syaiton ini, janganlah kita terlibat dan terjerumus dengan perkara-perkara yang merosakkan aqidah; terutamanya dari tukang-tukang sihir, bomoh, pawang, dukun dan golongan yang tersesat; yang mempraktikkan kaedah-kaedah yang bertentangan dengan Syariat Islam; mahupun yang bercampur-baur antara yang hak (benar) dan yang bathil. Wallahua'lam.

Firman Allah SWT (yang bermaksud):
“Dan ALLAH LEBIH MENGETAHUI (daripada kamu) tentang musuh-musuhmu. Dan CUKUPLAH ALLAH MENJADI PELINDUNG (bagimu). Dan CUKUPLAH ALLAH MENJADI PENOLONG (bagimu).” (An-Nisa: 45)

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): 
“Jangan kalian menjadikan RUMAH-RUMAH kalian seperti KUBURAN. Sesungguhnya SYAITON MELARIKAN DIRI DARI RUMAH yang di dalamnya DIBACA SURAH AL-BAQOROH.” (HR Muslim)

Dari Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):
“Sesungguhnya setiap sesuatu ada mahkota, dan MAHKOTA AL-QURAN adalah SURAT AL-BAQOROH, dan SYAITON MELARIKAN DIRI DARI RUMAH yang di dalamnya DIBACA SURAH AL-BAQOROH.” (HR Hakim)

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):
“Barangsiapa membaca SEPULUH AYAT dari EMPAT AYAT PERTAMA dari SURAT AL-BAQOROH dan AYAT KURSI, kemudian membaca DUA AYAT SESUDAHNYA DAN AKHIRNYA, maka RUMAH ITU TIDAK DIMASUKI SYAITON hingga pagi hari.” (HR Thobroni)

RAWATAN RUMAH DAN PREMIS PERNIAGAAN merupakan ikhtiar rawatan bagi MEMBERSIH, MEMULIH dan MEMAGAR rumah atau premis perniagaan dari segala jenis kejahatan dan gangguan jin dan syaiton; dengan memohon keredhaan, ketenangan, rahmat dan keberkatan dari Allah SWT ke atas para penghuninya. 
Dalam kebanyakan kes, rawatan dijalankan secara berjemaah oleh para Perawat di rumah atau premis perniagaan berkenaan. Rawatan ini akan mengambil masa selama 2 jam atau lebih; yang menggabungkan beberapa teknik rawatan dan terapi seperti: 
Azan 4 Penjuru
  • Kaunseling dan Analisis
  • Azan 4 Penjuru
  • Solat Hajat 2 Rokaat (Jemaah Perawat) 
  • Bacaan Ruqyah Syar'iyah (Jemaah Perawat)
  • Zikirullah x 1000 (Jemaah Perawat) 
  • Doa-doa Mustajab (Jemaah Perawat)
  • Garam Ruqyah Syar'iyah
  • Air Terapi Ruqyah Syar'iyah
  • Air Mineral Ruqyah Syar'iyah (untuk direnjis, minuman dan mandian)
Solat Hajat 2 Rokaat
Bacaan Ruqyah Syar'iyah dan Zikirullah x 1000
Bacaan Doa-doa Mustajab
Para Perawat dan Penempah yang sangat berpuashati dengan perkhidmatan kami
Baca >> Simptom-simptom Gangguan Jin di Rumah / Premis Perniagaan


Artikel tulisan:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
alqayyum2u.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Popular