PERHATIAN: Laman alqayyum2u.blogspot.com ini tidak lagi dikemaskini. Sila layari laman web kami di alqayyum2u.com untuk paparan yang lebih baik dan terkini. Syukron jazilan. - Pentadbir

Selasa, 22 Julai 2014

Awas Dengan Penipuan

PERINGATAN!! AWAS DENGAN PENIPUAN!! ADA PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TELAH MENYAMAR SEBAGAI PERAWAT DARI PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™. Sila hubungi 017-211 4745 (Ustaz Shakir Aqmal) atau 017-765 1747 (Mu'alij Zain Misbah) segera untuk sebarang Pengesahan atau Pertanyaan lanjut mengenai PERAWAT kami.

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi Allah SWT sekelian.

Ingin dimaklumkan bahawa dalam beberapa hari lepas, pihak kami telah dikejutkan dengan satu insiden yang berlaku di selatan tanahair; di mana ada seorang individu telah menipu dan menyamar sebagai Perawat dari PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™. Dengan kuasa dan kehendak Allah SWT Maha Pelindung; insiden ini telah disampaikan sendiri oleh seorang Pesakit kami yang telah mengambil inisiatif menelefon dan bertanya kepada Kaunselor Rawatan kami. Syukron jazilan diucapkan kepada beliau.

Menurut Pesakit, orang itu telah memberitahu bahawa kononnya dia pernah belajar ilmu Perubatan Islam di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ dan telah merawat Pesakit berkenaan. Apa yang anehnya, individu itu telah menggunakan kaedah perubatan yang sangat bertentangan dengan Syariat Islam; iaitu menggunakan khidmat 'Pendamping Jin' dan teknik mengubati penyakit dengan menggolekkan telur ayam; bak seorang bomoh. Na'uzubillahiminzalik.

Adapun pihak kami tidak pernah mempunyai apa-apa amalan ilmu yang sedemikian rupa. Pihak PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ amat memandang serius akan hal ini dan ingin menggesa para Pesakit agar sentiasa berhati-hati dengan golongan manusia yang munafik lagi mungkar dan keji ini. Mereka ini adalah lebih sukar untuk 'dihapuskan gangguannya' berbanding jin dan syaiton; kerana mereka ini berakal (tetapi jahat), kelicikan mereka berkata-kata, menyamar dan menipu dengan sewenang-wenangnya dengan tujuan untuk mengambil kesempatan ke atas para Pesakit yang sedang menderita sakit. 

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran (yang bermaksud):

 "Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta" (Ghaffir: 28)
  
"Terkutuklah orang-orang yang banyak berdusta, (yaitu) orang-orang yang terbenam dalam kebodohan yang lalai" (Adz Dzariyaat: 10-11)

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kesalahan atau dosa, kemudian dituduhkannya kepada orang yang tidak bersalah; maka sesungguhnya dia telah berbuat suatu kebohongan dan dosa yang nyata." (An Nisaa’: 112).

Islam sangat tidak bersetuju dengan penipuan dalam bentuk apapun. Penipuan (kelicikan) digambarkan di dalam Al-Quran sebagai karakter utama kemunafikan, dimana Allah SWT telah menyediakan siksa yang pedih bagi tindakan ini, di dalam neraka. Islam menuntut pemeluknya untuk menjadi orang yang jujur dan amanah. Orang yang melakukan penipuan dan kelicikan tidak dianggap sebagai umat Islam yang sesungguhnya, meskipun dari lisannya keluar pernyataan bahwasanya dirinya seorang muslim. Sebagaimana sabda baginda Rasulullah SAW (yang bermaksud):

“Sesiapa yang menipu kami, maka ia bukanlah daripada kalangan kami.” (HR Muslim)

Adapun golongan manusia yang keji ini memang ada di mana-mana. Semakin kita ingin melakukan kebaikan, berdakwah dan berjihad di jalan Allah SWT; semakin mereka ini tidak dapat duduk diam dari melakukan perbuatan mungkar, menganggu-gugat dan menjahanamkan umat Islam. Sifat tamak haloba, dengki, irihati, khianat, riak, takbur, menyebarkan fitnah, memandang rendah kepada orang lain, malas berusaha melalui jalan yang halal dan gigih, 'menghisap darah' orang lain, taksub kepada diri sendiri, 'bodoh-sombong' walaupun jahil dan sangat cintakan dunia adalah di antara ciri-ciri tipikal golongan manusia yang keji ini. Astaghfirullah hal a'zim. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada golongan ini untuk berubah menjadi golongan orang-orang beriman dan menjadi umat Nabi Muhammad SAW. In shaa Allah.

"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya KEHIDUPAN DUNIA ITU HANYALAH PERMAINAN DAN SUATU YANG MELALAIKAN, perhiasan DAN BERMEGAH-MEGAH ANTARA KAMU SERTA BERBANGGA-BANGGA TENTANG BANYAKNYA HARTA DAN ANAK, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan KEHIDUPAN DUNIA INI TIDAK LAIN HANYALAH KESENANGAN YANG MENIPU." (Al-Hadid: 20) 

Syukron jazilan.


Ikhlas dari
Pentadbir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™

Baca >> Berhati-hati Dengan Penyamar!