SELAMAT DATANG KE PUSAT RAWATAN Al-QAYYUM

RAWATAN DAN TERAPI AL-QURAN . RAWATAN JARAK JAUH . BEKAM SUNNAH . PRODUK KESIHATAN ISLAM . RAWATAN RUMAH / KEDAI / PEJABAT . RAWATAN KENDERAAN / SENJATA LAMA . KELAS MENGAJI AL-QURAN . PROGRAM LATIHAN PERAWAT ISLAM . PROGRAM PERUBATAN ISLAM BERGERAK .

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Peluang Ikhtiar Penyembuhan Yang Semakin POPULAR Di Serata MALAYSIA, SINGAPURA, BRUNEI dan INDONESIA..... MENYELURUH! SISTEMATIK! TERBUKTI!

"Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami CAHAYA kami dan ampunilah kami sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu" (At-Tahrim: 8)

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari AL-QURAN ayat-ayat suci yang menjadi UBAT PENAWAR dan RAHMAT bagi orang yang BERIMAN kepadanya..." (Al-Israa': 82)

Baca selanjutnya...

Saya mahu menerima Artikel terkini melalui email!

Isnin, 13 Mei 2013

Tanda Hati Kita Mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda 'hati mati' ialah:

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.


'Hati mati' kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. 

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah Zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah iaitu dengan berzikir. Firman Allah:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوب
 
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "Zikrullah". Ketahuilah dengan "Zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad: 28)

Terima kasih kepada sumber: http://mahspkl.blogspot.com/p/artikel.html

Khamis, 2 Mei 2013

Rawatan Jarak Jauh

Adapun kaedah Rawatan Jarak Jauh yang dianjurkan oleh PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM ini adalah merupakan salah satu peluang menyambung ikhtiar mencari kesembuhan segala penyakit dan masalah yang dihidapi oleh Pesakit; agar Pesakit tidak berputus asa.

Tidak ada batasan atau lingkungan had bagi kuasa Allah Yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkan sebarang penyakit atau menyelesaikan sebarang masalah. Segala penyakit dan masalah itu datangnya dari Allah SWT, sebagai ujian mahupun sebagai kifarah yang pastinya mempunyai segala hikmah, yang jelas dan yang tersembunyi. Hanya kepada Allah SWT sahaja yang selayaknya kita memohon untuk menyembuhkan penyakit atau menyelesaikan masalah, sambil berusaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh dengan cara yang diredhaiNya.

Maka itu, Rawatan Jarak Jauh melalui Solat Hajat, Zikirullah dan Doa Mustajab adalah merupakan langkah yang sangat dianjurkan oleh Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"AKU MENGABULKAN permohonan orang yang BERDOA apabila ia MEMOHON KEPADAKU, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahku) dan hendaklah mereka BERIMAN KEPADAKU, agar mereka selalu berada dalam KEBENARAN" (Al-Baqarah: 186)

Baca maklumat lanjut mengenai Rawatan Jarak Jauh >>

Jumaat, 19 April 2013

Mengapa Perlu Melakukan Bekam Sunnah?

Bekam Sunnah (bekam darah) adalah sejenis kaedah perubatan dengan cara mengeluarkan darah kotor melalui permukaan kulit. Darah kotor ialah darah yang mengandungi toksid/ toksin (majoriti),  darah beku, oksidan, asid urik, kolestrol, angin, sel darah merah yang rosak, sel bermutasi, adrenalin berlebihan, kuman, cas/tenaga negatif, unsur jin/syaiton dan sebagainya; yang tidak boleh diserap oleh sistem tubuh manusia yang normal. Kebiasaanya, dalam tempoh selepas berbekam; Pesakit akan berasa segar, bertenaga dan badan menjadi ‘ringan’ akibat pengeluaran darah kotor dari badan.

Ahad, 7 April 2013

Pelakon Terkenal Dirawat di Pusat Rawatan Al-Qayyum


Pekin Ibrahim
Gempar! Pelakon filem dan drama terkenal, Pekin Ibrahim memberontak dan berkelakuan agresif; disyaki berpunca dari gangguan jin yang berada di dalam badannya. Pekin telah dibawa ke PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan. Seorang Ustaz, dengan dibantu oleh Cikgu Indera Saifullah dan Mua'lij Zain Misbah telah berusaha bertungkus lumus mengeluar jin dari badannya melalui bacaan Ruqyah Syariyyah. Alhamdulillah, akhirnya Pekin telah berjaya dipulihkan. Menurut Ustaz tersebut, beliau sebenarnya telah terkena ilmu sihir oleh seseorang yang beliau kenali. Nau'zubillahi min zalik! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klasifikasi Artikel