Jumaat, 6 Mac 2015

Mengapa Berlaku Perceraian?

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An-Nisaa: 1)

Mengapa Berlaku Perceraian?

1. KECURANGAN
Ini adalah punca paling kerap didengar. Mengapakah hal ini boleh terjadi. Mungkin kerana hati sudah berjaya ditawan oleh orang lain yang dianggap lebih memahami. Jika hal ini terjadi pada anda, selidikilah diri sendiri dan perbaiki setiap kesilapan. Jangan hanya salahkan pihak yang satu lagi.

2. MASALAH KOMUNIKASI
Selepas tinggal bersama untuk satu-satu tempoh, pasangan didapati seakan tidak mampu berkomunikasi secara normal. Setiap kali bercakap, ada saja yang tidak kena. Akibatnya timbul pelbagai konflik yang membawa ke kancah perceraian.

3. PENDERAAN FIZIKAL, PSIKOLOGI ATAUPUN EMOSI
Tidak kira sama ada anda lelaki ataupun perempuan, deraan dalam apa bentuk sekalipun sangat menyakitkan. Kerana penderaan ini, perkahwinan yang pada mulanya atas dasar suka sama suka dianggap satu penyesalan.

4. SOAL KEWANGAN
Setelah keluarga semakin membesar dan perbelanjaan kian bertambah, wang mula menjadi punca perselisihan faham. Bagi yang tidak tabah hadapi dugaan, pertengkaran adalah lumrah.Apa tidaknya, perbelanjaan yang mewah sebelum ini terpaksa disekat lantaran tidak cukup duit. Akibat tidak puas hati dan rasa terseksa, ramai memilih jalan mudah iaitu bercerai.

5. KETIDAKUPAYAAN SEKSUAL
Bagi yang sabar dan percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya, ketidakupayaan seksual bukanlah masalah utama dalam rumah tangga. Akan tetapi, bagi yang tidak sabar dan hanya pentingkan diri sendiri, hal itu sudah cukup kuat untuk dijadikan alasan perceraian.

6. BOSAN
Tidak dinafikan dalam dunia ini ramai manusia yang cepat bosan. Mereka-mereka inilah yang sukar mempertahankan ikatan perkahwinan yang telah dibina lebih-lebih lagi sekiranya aktiviti harian sama setiap hari.

7. KETIDAKSEFAHAMAN
Setelah berumah tangga,anda seharusnya bertolak ansur dengan pasangan. Tidak perlu bertelingkah hanya kerana mempertahankan idea anda yang belum tentu betul. Ketahuilah bahawa ketidaksefahaman jika tidak ditangani dengan bijak akan membawa kepada kemusnahan institusi keluarga.

8. KETAGIHAN
Ketagihan memang pemusnah. Bukan sahaja pada diri sendiri malah pada keluarga. Tidak kiralah samaada seseorang itu ketagihan dadah, arak ataupun judi, semuanya membawa keburukan. Supaya keluarga anda tidak berantakan, jauhilah diri daripada semua ini.

9. KURANG KOMITMEN
Keputusan untuk menamatkan zaman bujang perlulah dibuat setelah berfikir panjang. Bukan sekadar ikut kata hati. Fikirlah segala implikasi yang akan datang setelah bergelar suami ataupun isteri. Ambil iktibar terhadap segala yang berlaku disekeliling anda. Membuat keputusan tanpa memikirkan halangan dan perubahan yang perlu dilalui setelah berumah tangga mungkin menyebabkan anda rasa terbeban dengan tanggungjawab baru. Maka berlakulah pertengkaran dan jika tidak diselesaikan segera, perceraian dianggap jalan terbaik.

10. KEHIDUPAN SOSIAL YANG MENJIJIKKAN
Jika anda mengambil keputusan berumahtangga, maknanya anda harus bersedia meninggalkan segala aktiviti sosial kurang sihat yang dahulunya menjadi kegemaran. Lupakan terus aktiviti-aktiviti sosial yang menjelikkkan. Semua ini penting demi untuk kerukunan rumah tangga.

11. PENTINGKAN DIRI SENDIRI
Ini satu lagi punca perceraian. Sebenarnya, tidak kiralah di mana pun anda, jika terlalu pentingkan diri sendiri, susah jadinya.Orang yang pentingkan diri sendiri tidak mempunyai sifat empati yang membolehkan mereka faham perasaan orang lain. Akibatnya, persefahaman sukar dicapai dalam hidup berkeluarga.

12. ENGGAN BERUBAH SELEPAS BERUMAHTANGGA
Bukan semua orang rela untuk berubah, terutamanya bagi yang sudah bisa hidup senang-lenang. Seperti yang kita semua tahu, mempunyai keluarga memerlukan komitmen yang tinggi kerana tanggungjawab sudah semakin bertambah. Ketika inilah timbul masalah bagi yang enggan berubah. Dan lazimnya,diri dianggap seperti orang bujang. Anak ke mana, pasangan kemana. Dia tetap dengan aktiviti sosialnya. Dalam erti kata yang lain, lari daripada tanggungjawab kerana tidak sanggup untuk berubah. Kesengsaraan tentulah pada yang menunggu dirumah.Titik noktahnya, perceraian.

Terima kasih kepada sumber asal: 
https://www.facebook.com/SuamiIsteriBahagiaRumahtanggaSempurna/posts/536613046452023?stream_ref=5


KAUNSELOR RAWATAN

Untuk pertanyaan lanjut mengenai RAWATAN RUMAHTANGGA, sila hubungi/SMS/WhatsApp Kaunselor Rawatan anda di talian: 017-211 4745  (Ustaz Shakir Akmal) atau 017-765 1747 (Mu'alij Zain Misbah)

Syukron jazilan.

EKSKLUSIF. MENYELURUH. SISTEMATIK. TERBUKTI.

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
alqayyum2u.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Popular