Khamis, 19 Disember 2013

Simptom-simptom Gangguan Jin di Rumah / Premis Perniagaan

Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan adanya gangguan Jin dan Syaiton (angkara Sihir, Saka atau Lintasan) di Rumah atau Premis Perniagaan (kedai, pejabat dll) berkenaan:

  1. Bau wangian / kemenyan / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
  2. Bayi kerap menangis bila berada dalam rumah / premis perniagaan
  3. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya
  4. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi 
  5. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
  6. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
  7. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
  8. Bunyi pasir / benda berat jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
  9. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
  10. Kedai / Pejabat tidak dapat dilihat oleh pelanggan / seperti tidak beroperasi
  11. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
  12. Makanan yang telah dimasak mudah menjadi basi
  13. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus
  14. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
  15. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik
  16. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
  17. Rasa resah gelisah tanpa sebab bila berada di dalam rumah / premis perniagaan
  18. Sering terasa seram bila berseorangan di dalam rumah / premis perniagaan
  19. Selalu melihat kelibat / bayangan di dalam rumah / premis perniagaan
  20. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
  21. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
  22. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
  23. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
  24. Suhu di dalam rumah / premis perniagaan terasa aliran bahang panas 
  25. Tanda lebam pada anggota badan
  26. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur
  27. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
  28. Terasa bahu ditepuk dari belakang
  29. Terasa terkena renjisan air
  30. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat
dan sebagainya lagi...

PENTING: Jika anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA (3) simptom yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa dengan Perawat Islam yang diyakini untuk mendapatkan ikhtiar rawatan. Gangguan Jin dan Syaiton yang berterusan boleh membawa kepada berbagai gejala Penyakit dan Masalah yang lebih serius. Wallahua'lam.

Baca >> Kaedah Memulih Rumah
Baca >> Rawatan Rumah: Sarang Jin di Kondo Mewah



Artikel tulisan:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
alqayyum2u.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Jika tidak dapat tidur malam walaupun badan tlalu pnat bekerja...adakah itu simptom2 nya??

    BalasPadam
  2. Sukar tidur malam boleh berlaku kerana banyak sebab; tidak semestinya ada gangguan jin. Perlu dikenalpasti oleh Perawat terlebih dahulu.

    BalasPadam

Artikel Popular