Walaupun di dalam kesibukan merawat para Pesakit setiap hari; pada 20 Syawal 1435H bersamaan 16 Ogos 2014 yang lalu, pihak kami telah berkesempatan mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™. Alhamdulillahi robbil 'alamin.
 |
YBhg Ustaz Marzili Abdul Rashid, Imam Besar,
Surau Al-Ukhwah, Pangsapuri Sri Meranti, BSD
|
Kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada para sahabat-handai, kenalan, bekas Pesakit, sanak saudara serta jiran-tetangga telah sudi hadir bagi memeriahkan majlis. Walaupun majlis yang dijalankan adalah secara kecil-kecilan dan ala-kadar sahaja, namun kemeriahan dan kegembiraan tetap terpancar di dalam suasana ukhwah Islamiah.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada para sahabat kami: Pengerusi, Ahli-ahli Jawatankuasa, Pengurus dan Kakitangan Jawatankuasa Mengurus Bersama (JMB) Pangsapuri Sri Meranti, Bandar Sri Damansara; para Imam dan Ahli-ahli Jawatankuasa Surau Al-Ukhwah, Pangsapuri Sri Meranti, Bandar Sri Damansara; serta para Imam, Pegawai dan Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara; yang terus menerus memberikan sokongan padu dan dorongan kepada
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ untuk terus beroperasi dan berkembang, berdakwah dan berjihad di jalan Allah SWT; di dalam menentang segala kejahatan dan kezaliman manusia, jin, syaiton dan iblis laknatullah.