PERHATIAN: Laman alqayyum2u.blogspot.com ini tidak lagi dikemaskini. Sila layari laman web kami di alqayyum2u.com untuk paparan yang lebih baik dan terkini. Syukron jazilan. - Pentadbir

Jumaat, 17 April 2015

Seminar Sihir dan Implikasinya

Syukur alhamdulillah. Pada hari Ahad, 8 Jamadil Akhir 1436H bersamaan 29 Mac 2015 yang lalu, para Perawat PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM telah berpeluang menghadiri satu majlis perkongsian ilmu yang bertajuk 'Seminar Sihir dan Implikasinya'.  Seminar yang amat bermanfaat ini telah dianjurkan oleh pihak Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur; yang telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Kuliah masjid berkenaan.


Dua orang Panelis Ahli Akademik yang disegani dari Universiti Malaya iaitu Dr Khader Ahmad dan Dr Abdullah Yusof telah dijemput khas bagi menyampaikan ceramah masing-masing. PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM pula telah diwakili oleh Ustaz Nurthalis Sulaiman, Mu'alij Zain Misbah dan Mu'alij Abdul Malik; yang telah meluangkan masa untuk turut serta sebagai Peserta Seminar; demi memberikan sokongan dan memeriahkan lagi majlis perkongsian ilmu berkaitan Perubatan Islam yang sebegini. 

Dari Kiri: Mu'alij Zain dan Dr Abdullah Yusof
Kedua-dua Panelis telah menyampaikan ceramah dengan sangat baik dan amat berkesan. Ceramah telah disampaikan berdasarkan fakta-fakta ilmiah bersumberkan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias; melalui 'PowerPoint Slide' serta diikuti dengan pameran bahan-bahan yang digunakan dalam pengamalan sihir. Seminar yang sebegini sudah pastinya telah berjaya 'membuka mata' serta menambahkan lagi pengetahuan para Peserta Seminar tentang kewujudan dan ancaman dari kejahatan manusia, jin, syaiton dan iblis melalui perbuatan sihir.

Apa yang penting sebagai orang Islam yang beriman, segala penyakit dan masalah yang berpunca dari perbuatan sihir perlulah dirawat dan diubati melalui kaedah Al-Quran dan As-Sunnah oleh Perawat yang berpegang teguh kepada Syariat Islam dan bukannya melalui para bomoh, pawang dan dukun yang sesat lagi menyesatkan. Na'uzubillahi min zalik.

Firman Allah SWT (yang bermaksud):

"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaiton dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaiton itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). 

Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." (Al-Baqoroh: 102)

Dr Khader Ahmad
Antara bahan yang digunakan dalam perbuatan sihir
Dari kiri: Dr Abdullah dan para Imam Masjid Al-Mukarramah
Antara Peserta Seminar

Pameran bahan-bahan sihir
Pameran bahan-bahan sihir
Pameran bahan-bahan sihir
RAWATAN UNTUK PESAKIT AKIBAT PERBUATAN SIHIR

Sekiranya anda merupakan seorang Pesakit akibat perbuatan sihir, maka segeralah mendapatkan rawatan dari mana-mana Perawat Islam yang diyakini. PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ sememangnya hampir setiap hari menerima kunjungan Pesakit yang menderita akibat perbuatan sihir; dari serata pelusuk tanahair malahan juga dari luar negara.

Adapun konsep rawatan yang dipraktikkan adalah melalui Rawatan dan Terapi Al-Quran bagi menentang, menyingkir dan menghapuskan segala tenaga negatif terutamanya gangguan Jin dan Syaiton yang berada di dalam dan sekeliling luar tubuh Pesakit. In shaa Allah. 

Sesi Rawatan kami adalah secara EKSKLUSIF (tidak bercampur dengan Pesakit lain), MENYELURUH, SISTEMATIK serta telah TERBUKTI berkesan; dengan izin, kehendak dan kuasa Allah SWT jua. 

Syukron jazilan.

Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
alqayyum2u.blogspot.com