Sehingga hari ini, PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ telah berjaya memberikan perkhidmatan kepada lebih dari 5000 orang Pesakit; yang datangnya dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta dari luar negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Oman, Qatar, Bahrain dan banyak lagi. Lawati laman web kami di alqayyum2u.com untuk paparan lebih menarik. Syukur alhamdulillah.

Isnin, 13 Mei 2013

Tanda Hati Kita Mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda 'hati mati' ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah SAW, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.


'Hati mati' kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. 

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah iaitu dengan berzikir. Firman Allah:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوب
 
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "Zikrullah". Ketahuilah dengan "Zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Al-Rod: 28)

Terima kasih kepada sumber: http://mahspkl.blogspot.com/p/artikel.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Popular

Rawatan dan Terapi Al-Quran yang diusahakan oleh PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ bukanlah bermaksud untuk mengambil alih tugas para Doktor di luar sana. Kehadiran PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ adalah sebagai PENYAMBUNG IKHTIAR agar anda tidak berputus asa di dalam mencari kesembuhan.