Bekam Sunnah (Bekam Darah) adalah sejenis kaedah perubatan dengan cara mengeluarkan darah kotor melalui permukaan kulit. Darah kotor ialah darah yang mengandungi toksid/ toksin, darah beku, oksidan, asid urik, kolestrol, angin, sel darah yang rosak, sel bermutasi, adrenalin berlebihan, kuman, cas/tenaga negatif, unsur Jin/Syaiton dan sebagainya; yang tidak boleh diserap oleh sistem tubuh manusia yang normal. Kebiasaanya, dalam tempoh selepas berbekam; Pesakit akan berasa segar, bertenaga dan badan menjadi ‘ringan’ akibat pengeluaran darah kotor dari badan.
Toksid/toksin (bahan kimia) dalam tubuh manusia berasal dari:
- Makanan, minuman, udara dan air yang tercemar.
- Makanan-segera - mengandung zat kimia yang tidak baik untuk tubuh seperti pengawet, pewarna, essense, penyedap rasa dan sebagainya.
- Hasil pertanian tercemar seperti pestisida (insektisida, fungisida, herbisida dan lain-lain).
- Tabiat buruk seperti merokok, tidak menjaga kebersihan, makan tidak teratur, makanan tidak seimbang, makanan terlalu masam, terlalu masin, terlalu manis dan sebagainya.
- Ubat-ubatan kimia - mempunyai kesan sampingan merosak organ atau mikroba yang normal dalam tubuh.
Faktor-faktor penyebab darah beku:
- Darah beku yang disebabkan oleh kecederaan sewaktu di dalam rahim atau sewaktu dilahirkan.
- Darah beku yang bersumber dari trauma penderitaan fizikal berpunca dari kecederaan akibat kemalangan, terseliuh, berkelahi, kena cubit, kena tendang, kena rotan dan sebagainya.
- Darah beku akibat perbuatan sendiri seperti mengangkat beban berat, penggunaan pakaian ketat, ikat kepala yang berpanjangan dan sebagainya.
- Darah beku yang bersumber dari emosi yang tidak terkawal seperti kemarahan, ketakutan, kesedihan, kesayuan dan kerisauan yang menyebabkan pengeluaran adrenalin berlebihan yang membahayakan metabolisme tubuh.
- Darah beku yang disebabkan oleh diet yang tidak seimbang, kegemukan, sering sembelit dan pencemaran makanan, minuman, udara, air dan alam sekitar.
Darah kotor yang tidak dapat ditapis atau disingkirkan oleh sistem tubuh manusia boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan; baik secara fizikal mahupun mental seperti mudah merasa lesu, kemurungan, resah, pening, sentiasa merasa kurang sihat, cepat bosan dan mudah pitam. Tubuh akan mudah terkena penyakit seperti influenza sehinggalah kepada penyakit degeneratif seperti strok, darah tinggi, kanser, diabetes; bahkan sehingga kepada penyakit jiwa. Maka, darah kotor perlu dikeluarkan seberapa segera dari tubuh badan. Kita harus mencari pengubatan yang dapat bertindak mengeluarkan darah kotor secara cepat dan efektif agar tubuh tidak lemah dan mudah diserang berbagai penyakit. Salah satu caranya adalah dengan berbekam darah yang merupakan sejenis preventive medicine (perubatan pencegahan) selain juga curative medicine (penyembuhan).
Bekam Darah dalam istilah perubatan, juga dikenali sebagai ‘Oxidant Release Therapy’ atau ‘Oxidant Drainage Therapy’ atau istilah yang lebih popular adalah ‘detoksifikasi’. Cara bekam darah dipercayai lebih efektif dibandingkan dengan cara pemberian ubat antioksidan (ubat kimiawi) yang bertujuan untuk meneutralkan oksidan di dalam tubuh. Jika oksidan dapat dikeluarkan dengan sempurna maka penyumbatan aliran darah ke organ-organ tertentu dalam tubuh dapat diatasi, sehingga fungsi-fungsi fisiologi tubuh kembali normal.
Bekam Darah dalam istilah perubatan, juga dikenali sebagai ‘Oxidant Release Therapy’ atau ‘Oxidant Drainage Therapy’ atau istilah yang lebih popular adalah ‘detoksifikasi’. Cara bekam darah dipercayai lebih efektif dibandingkan dengan cara pemberian ubat antioksidan (ubat kimiawi) yang bertujuan untuk meneutralkan oksidan di dalam tubuh. Jika oksidan dapat dikeluarkan dengan sempurna maka penyumbatan aliran darah ke organ-organ tertentu dalam tubuh dapat diatasi, sehingga fungsi-fungsi fisiologi tubuh kembali normal.
Bekam Sunnah (Bekam Darah) adalah peninggalan
Rasulullah SAW yang merupakan PERUBATAN WAHYU. Ianya bukan perubatan alternatif
atau hasil daripada kajian, eksperimen ataupun hipotesis manusia seperti
kebanyakan perubatan moden pada hari ini. Bekam Sunnah sudah pasti mempunyai
hikmah yang luar biasa dari segi khasiatnya; dengan izin dan kehendak dan kuasa
Allah SWT jua.
LAGI KELEBIHAN
BEKAM SUNNAH (BEKAM DARAH)
Bekam Darah pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel. Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali. Sebagai contoh: jika kita berbekam pada titik jantung, hormon berkaitan akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung, jadi jika ada apa-apa berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang, sistem badan akan pantas secara automatik memperbaiki atau menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.
Bekam Darah pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel. Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali. Sebagai contoh: jika kita berbekam pada titik jantung, hormon berkaitan akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung, jadi jika ada apa-apa berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang, sistem badan akan pantas secara automatik memperbaiki atau menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.
Melalui Bekam Darah, secara tidak
langsung juga akan meransang sistem antibodi tubuh. Organ tubuh yang mengalami infeksi
kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat
antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit. Jika organ tubuh sudah bebas dari
sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.
Bekam Darah juga akan dapat mengelakkan
buah pinggang, hati, hempedu dan usus ‘bekerja terlampau keras’ di dalam
proses menstabil dan menapis darah dari segala toksid/toksin, oksidan,
kolestrol dan sebagainya lagi yang tidak diperlukan oleh sistem tubuh manusia
yang normal. Organ-organ tersebut akan dapat berfungsi dengan normal dan
terhindar dari kerosakan mahupun serangan penyakit yang tidak diingini.
Kesimpulannya, darah kotor yang telah
dikeluarkan dari tubuh akan dapat menjadikan darah lebih bersih, tidak pekat/beku,
beroksigen sempurna, sistem pengaliran darah di dalam badan menjadi lebih
lancar, organ-organ dalaman menjadi lebih sihat dan dapat berfungsi dengan baik
kerana menerima darah yang sihat, penghasilan sel-sel darah yang sihat, darah
cair dan saluran darah tidak tersumbat membolehkan jantung dapat mengepam darah
dengan baik ke seluruh tubuh badan, penghasilan dan penyebaran hormon yang
stabil kepada semua organ tubuh, penghasilan dan penyebaran antibodi yang kuat
bagi melawan serangan bakteria dan virus pembawa penyakit, otak dan deria yang
cergas, pergerakan fizikal yang cergas dan menghasilkan kesihatan yang maksima
kepada seseorang.
DALIL DARI HADIS
Daripada
Ibnu Mas'ud sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya aku telah
melalui sekumpulan malaikat pada malam aku diisro' oleh Allah Taala dan mereka
telah berkata "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam" " (HR Turmuzi Wa Baihaqi)
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Jika pada sesuatu yang kalian
pergunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam
(hijamah)." (HR Ibnu Majah,
Abu Dawud)
Ibnu 'Abbas RA mengabarkan: "Sesungguhnya Rasulullah SAW berbekam pada
bahagian kepalanya dalam keadaan beliau sebagai muhrim (orang yang berihram)
karena sakit pada sebahagian kepalanya." (HR Al-Bukhari)
"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara;
iaitu minuman madu, sayatan alat bekam dan kay (pembakaran) dengan api; dan
sesungguhnya aku melarang umatku dari kay." (Hadis Sohih)
"Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang
kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)." (Muttafaq ‘alaihi)
"Barangsiapa berbekam pada
tanggal 17, 19 dan 21; maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."(HR
Abu Dawud)
"Berbekam memperkuatkan daya hafaz seseorang dan menambah akal orang yang berakal.” (HR Ibnu Majah)
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT." (HR Ahmad dan Tabrani, Samurah RA)
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT." (HR Ahmad dan Tabrani, Samurah RA)
Syukron jazilan.
Artikel tulisan:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
alqayyum2u.blogspot.com