PERHATIAN: Laman alqayyum2u.blogspot.com ini tidak lagi dikemaskini. Sila layari laman web kami di alqayyum2u.com untuk paparan yang lebih baik dan terkini. Syukron jazilan. - Pentadbir

Isnin, 17 Mac 2014

Doa Untuk MH370: Habib Ali Zaenal Abidin

"Ya Allah... Ya Tuhan Maha Agung... Tunjukkanlah kepada kami yang lemah dan tidak berdaya  ini
di mana pesawat MH370 itu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Maha Menurunkan Musibah, maka kepada Engkaulah saja tempat kami memohon pertolongan. Sebagaimana Engkau telah membantu kekasih-kekasihMu sebelum ini, maka bantulah kami Ya Allah, bantulah kami Ya Rohman, bantulah kami Ya Rohim.... Ya Wahab, Ya Malikul Mulk. Ya Kholik. Amiinn." (Doa dari kami di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM)
"Ya Allah, Limpahkanlah Selawat dan Salam ke atas Junjungan Baginda Muhammad dan Keluarga serta para sahabatnya.
Ya Allah, kami memohon keampunan dan keselamatan yang berterusan dalam urusan agama kami dan di dunia mahupun di akhirat.
Ya Allah berilah ganjaran baik kepada kami atas kesabaran kami terhadap musibah yang menimpa dan gantikanlah ia dengan yang lebih baik daripada itu.
Ya Allah, berikanlah sebaik-baik ganjaran ke atas keluarga yang ditimpa musibah dari kalangan hambaMu wahai Tuhan sekalian alam.
Ya Allah, Rahmatilah orang yang telah meninggal dunia di kalangan kami.
Ya Allah, ampunilah dosa orang yang telah meninggal dunia di kalangan kami.
Ya Allah, tinggikanlah darjat orang yang telah meninggal dunia di kalangan kami.
Ya Allah, ampunilah dosa mereka, rahmatilah mereka dan kasihanilah mereka.
Hapuskanlah keburukan-keburukan mereka dan gantikannya dengan kebaikan dan kemuliaan serta kurniaanMu yang baik wahai Tuhan sekalian alam.
Dan Limpahkanlah Selawat dan salam ke atas Junjungan Muhammad, keluarga dan para sahabat serta segala puji bagiMu wahai Tuhan sekalian alam." 


DARI HABIB ALI ZAENAL ABIDIN (Sila lihat video di atas):

Allah SWT berfirman:
“Kami Allah pasti akan menduga dan menguji kepada kamu semua dengan sedikit daripada perasaan takut dan lapar, kekurangan di dalam harta, nyawa dan buah-buahan. Berikan berita gembira kepada mereka orang-orang yang sabar, iaitu mereka yang bilamana di duga Allah SWT, mereka mengatakan, “Kita semua adalah milik Allah dan hanya kepada Allah kita akan kembali.”

Kejadian yang berlaku kepada MH370 adalah musibah yang berlaku khususnya kepada penumpang yang berada di dalamnya dan keluarga penumpang dan pada hakikatnya adalah musibah kepada kita semua yang kita perlu mengambil iktibar dengan ayat (di atas) Allah dan redha dengan ketentuan Allah SWT.

Saya mengajak kepada semua yang menyaksikan untuk bersama-sama menginsafi dan mengambil iktibar daripada kejadian ini.

Pertama: Kepada mereka yang berada di dalam kapal terbang, bilamana Allah menjaga dan belum dikembalikan atau diambil Allah SWT  – kita berdoa moga-moga Allah SWT menjaga di mana saja mereka berada untuk dikembalikan ke pangkuan ahli keluarga mereka.

Dan bilamana Allah SWT ingin mengambil mereka, kita berdoa juga kepada Allah SWT, moga-moga mereka itu diterima oleh Allah SWT dan mereka adalah diberi ganjaran oleh Allah SWT dan juga kita berdoa kepada Allah SWT  - ahli keluarga yang kehilangan orang-orang yang tersayang diberikan Allah kesabaran dan ketabahan dan redha menerima qada’ dan qadar ketentuan Allah SWT, yang itu adalah merupakan sikap kepada orang-orang yang beriman.

Dan saya menyeru kepada semua juga untuk bersama-sama berdoa - yang mampu untuk bermunajat dengan Allah di waktu malam, gunakan peluang itu untuk bermunajat, berdoa kepada Allah SWT agar supaya membantu.

Kepada pihak yang berkuasa, khususnya Kerajaan Malaysia, dan dibantu daripada beberapa negara yang membantu untuk mencari, agar Allah membantu kepada mereka mempertemukan nasib yang dialami oleh mereka yang berada di dalam MH370.

Bagi kita semua: berdoa kepada Allah dan mengambil iktibar. Adapun doa kita kepada Allah SWT adalah agar supaya Allah SWT menjadikan kita menjadi orang-orang yang menerima akan musibah yang menimpa.

Iktibar yang perlu kita ambil adalah:

Tak seorang pun tahu apa rezeki yang dia akan dapat hari esok dan tak seorang pun tahu di mana dia akan meninggal dunia.

Iktibar yang perlu kita ambil adalah – bersiap-sedia akan seruan Allah SWT kepada semua makhluk untuk kembali.

Sebab boleh pelbagai tapi kematian adalah satu.

Kita berdoa kepada Allah SWT, dengan doa setulus hati kita, menadahkan tangan kepada Allah SWT agar supaya Allah SWT, bilamana mengkehendaki mereka kembali dengan selamat, moga-moga Allah SWT menjaga kepada mereka, di mana saja mereka berada, dibimbing, dipelihara, dan juga diberikan kawalan sebaik mungkin oleh Allah SWT kepada mereka.

Untuk ahli keluarga, semoga Allah SWT menganugerahkan kesabaran, ganjaran ketabahan dan juga redha di atas ketentuan qada’ dan qadar Allah SWT.

Kepada pihak berkuasa, semoga Allah SWT berikan ganjaran dan bantuan kepada mereka yang berusaha, bertungkus-lumus untuk menjumpai keadaan daripada mereka yang berada di dalam kapal terbang.

Dan kepada kita, moga-moga Allah SWT memberikan kepada kita pengajaran dan masing-masing mempunyai hubungan dengan Allah, berdoa kepada Allah SWT. Hazawabillahitaufik.


Terima kasih kepada sumber: 
http://keranakasihnabi.blogspot.com/2014/03/doa-buat-mh-370-oleh-habib-ali-zaenal.html