Amalan-amalan ini
menjadi sebab Allah SWT limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya
dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah
memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai
bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
Allah tidak
sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu
kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi
tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad,
Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak
istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu
Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala
kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah
yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan
al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar
tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah
malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan
diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan
terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman.
Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram
dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi
tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat
Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan
ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali
kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya
maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu
Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi
sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu
meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah
) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong
orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah
menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir
miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah
kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di
kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat
orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat
sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya
maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada
hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai
kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta
meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu
memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh
makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan
hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti
hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan
rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi
sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab
desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara
termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan
memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka
pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair,
ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh
Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang
membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya.
Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat
ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan
bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang
itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15. Melazimi
solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan
urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah
dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas
mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti
akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan
Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian
dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi
sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan
demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang
bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran
tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,
menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan
ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman
dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat
128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,
dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi
sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah
ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk
mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada
juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak
akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba
dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian
dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan
perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini
sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada
orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan
al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh
membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang
dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim
lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak
dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat
dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang
itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya: “Barang siapa
bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”
(At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah
dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi
rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad,
at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang
menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di
hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk memurahkan rezeki
dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa.
Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah
limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sumber: http://hbpulau.moh.gov.my/v2/modules/xobile/index.php?mod=news&page=read&id=12