Sehingga hari ini, PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ telah berjaya memberikan perkhidmatan kepada lebih dari 5000 orang Pesakit; yang datangnya dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta dari luar negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Oman, Qatar, Bahrain dan banyak lagi. Alhamdulillah.

Isnin, 26 Februari 2018

Tips Merawat Diri Sendiri Dari Gangguan Jin

Gangguan Jin boleh berpunca dari 4 sumber berikut: Sihir, Saka, Lintasan atau A'in (pandangan mata) ATAU percampuran antaranya.

Ada banyak jenis spesies Jin yang tidak diketahui jumlahnya. Namun, Pesakit yang mengalami gangguan Jin secara umumnya berada dalam keadaan emosi dan pemikiran yang tidak stabil (tidak normal). Seseorang itu berkemungkinan diganggu oleh seekor Jin atau lebih dari seekor.

Gangguan Jin berkemungkinan boleh berlaku di dalam badan (bergerak dalam saluran darah) ATAU di luar badan Pesakit ATAU kedua-duanya sekali.

Jika ANDA berupaya merawat diri sendiri, maka berikut dikongsikan beberapa KAEDAH ASAS dalam merawat diri sendiri:

1) Cuba dengar bacaan Ruqyah Syar'iyah (mp3) setiap hari pada waktu-waktu berikut: Waktu Tengahari, Waktu Asar, sebelum dan selepas Waktu Maghrib dan ketika hendak tidur malam. Elakkan mendengar sewaktu memandu kerana boleh membawa kepada kemalangan jika Pesakit kesurupan, mengantuk dan sebagainya.

2) Sediakan sebaldi air yang bersih. Bacalah ayat-ayat berikut (dgn terang dan tartil) dan hembus di penghujung setiap ayat ke dalam air, dalam keadaan menutup aurat dan mengadap Kiblat. Lebih afdhol jika dalam keadaan berwudhuk: 
• Al-Fatihah
• Al-Baqoroh ayat 1 - 5
• Ayat Kursy
• Al-Baqoroh ayat 284 - 286
• 4 Qul
• Doa Mustajab (Berdoalah dengan sepenuh pengharapan dan penyerahan kepada Allah SWT.)

3) Gunakan air di atas sebagai mandian. Ulangi mandian sebanyak 3 kali dalam masa 3 hari berturut-turut. Terbaik, mandi selepas masuknya Waktu Asar. Namun, waktu lain pun boleh. Tiada masalah.

*Mandian Dettol (Bodywash - Original) mengandungi kandungan bahan-bahan yang tidak disukai oleh Jin. Boleh diamalkan selalu.

*Daun bidara juga sangat dibenci oleh Jin. Boleh dicampurkan ke dalam air mandian.

*Garam Bukit juga boleh digunakan sebagai mandian. Masukkan dan kacau, segenggam garam dalam sebaldi air.

4) Elakkan dari makan semua jenis limau, makanan yang berangin, makanan yang berbisa, makanan yang  sejuk, berkolestrol tinggi, bercuka, yang  telah diperam, masam dan masin - sehingga Pesakit benar-benar sembuh.

5) Elakkan dari pergi ke tempat-tempat seperti pasar basah, pasar malam, kompleks membeli-belah, kawasan air terjun, hutan, perkuburan dan lain-lain; yang membawa kepada risiko gangguan Jin yang lebih teruk.

6) Pastikan pakaian dan kediaman sentiasa berada dalam keadaan bersih, kering dan bebas dari habuk dan kekotoran (yang membawa Cas-cas Negatif).

7) Jagalah amal ibadat seperti Solat 5 Waktu dan bacalah ayat-ayat Al-Quran seperti Surah Yaasin, Al-Waqi'ah, ayat-ayat Ruqyah Syar'iyah, ayat-ayat Lazim dan sebagainya lagi (sekiranya mampu). Banyakkan juga berwirid dan berdoa.

In shaa Allah.

(Sekiranya Penyakit masih berlarutan, segeralah Hubungi Kami.)

Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
alqayyum2u.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Popular

Rawatan dan Terapi Al-Quran yang diusahakan oleh PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ bukanlah bermaksud untuk mengambil alih tugas para Doktor di luar sana. Kehadiran PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ adalah sebagai PENYAMBUNG IKHTIAR agar anda tidak berputus asa di dalam mencari kesembuhan.