Jumaat, 5 Januari 2018

Penyelidikan Tenaga Aura dari USAS dan JAIP

Syukur alhamdulillah. Pada hari ini sekitar jam 3 hingga 5 petang, Jumaat, 5 Jan 2018; pihak kami dengan berbesar hati telah menerima kunjungan mesra Pasukan Penyelidik dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP); yang terdiri dari 5 orang Penyelidik; iaitu Dr. Mohd Fuad (USAS), Ustaz Nor Hafizuddin (JAIP), Ustazah Rosdah (JAIP), Ustazah Nor Azmawati (JAIP) dan Ustaz Muhammad Ariff (JAIP).
Dari kiri: Ustaz Shakir, Mu'alij Zain, Cikgu Indera, Dr. Mohd Fuad, Ustaz Hafizuddin, Ustazah Rosdah, Ustazah Azmawati

Cikgu Indera menerima Cenderahati dari Dr. Mohd Fuad (USAS). Syukron jazilan.
Sesi perkongsian ilmu; sedang disampaikan oleh Cikgu Indera kepada para Penyelidik.






Ada pun penyelidikan adalah berkisar tentang kelebihan-kelebihan kaedah Rawatan dan Terapi Al-Quran beserta kejayaan gabungan penggunaan Tenaga Aura (Tenaga Dalaman dan Tenaga Luaran) yang dipraktiskan di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM; yang bersandarkan Syariat Islam sepenuhnya. Penjelasan dan perkongsian ilmu sebaik mungkin telah disampaikan oleh Cikgu Indera Saifullah, selaku Penaung dan Pengasas PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM. Di samping itu, perkongsian ilmu juga telah disampaikan oleh para Perawat iaitu Ustaz Mohd Shakir dan Mu'alij Zain Misbah.

Secara Islamiah, aura (atau aura cahaya) memang wujud pada setiap zat ciptaan Allah SWT seperti manusia, haiwan, tumbuhan, bungaan, buahan serta unsur alam semulajadi seperti batu, kayu dan besi TETAPI dengan tahap kekuatan dan rupabentuk yang berbeza-beza dan unik antara setiap satunya. Wajib berpegang bahawa aura yang wujud pada semua manusia itu (samada manusia itu beragama Islam atau tidak) adalah merupakan hasil ciptaan dan kurniaan Allah SWT Maha Pencipta semata-mata. Iqtiqad, kepercayaan, niat dan perbuatan perlulah diperbetulkan agar tidak berlaku syirik dan menyimpang dari landasan Islam.

Firman Allah SWT (yang bermaksud):

"Allah yang menerangi LANGIT dan BUMI. Bandingan NUR hidayat petunjuk Allah adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca, geluk kaca itu pula laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya; hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan CAHAYA bersinar walaupun ia tidak disentuh api; CAHAYA berlapis CAHAYA. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada NUR hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (An-Nur: 35) 

Sebagai seorang Islam yang benar-benar beriman; kita wajiblah berpegang bahawa kekuatan aura seseorang bergantung kepada Keimanan yang kukuh, Ilmu yang mencukupi, Amalan Ibadat Wajib dan Sunat serta Akhlak yang mulia - yang semuanya berlandaskan Hukum Syarak dan Syariat Islam. Bukannya dengan menumpukan fokus kepada aura itu sendiri, yakni dengan membetulkan aura agar menjadi lebih beriman dan berakhlak mulia, sebagaimana dakwaan sesetengah pengamal ilmu aura.

Ingin ditegaskan bahawa aura cahaya yang kuat, bersih, sihat dan sempurna hanya datang melalui keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT beserta amalan kebersihan berterusan secara zahiriah dan batiniah. Penggunaan segala teknik dan kaedah bagi menguatkan aura adalah semata-mata sebagai alat bantuan dan sokongan sahaja kerana sifat semulajadinya yang dijadikan oleh Allah SWT DAN tidak boleh dianggap sebagai sumber atau punca mutlak tenaga aura. Contohnya seperti penggunaan warna yang tertentu bagi pakaian dan ruang bilik, penggunaan batu-batu kristal, jenis-jenis kayu, tumbuhan, sistem pencahayaan dan pengudaraan; termasuklah penggunaan ubat-ubatan, makanan tambahan, aroma terapi, minyak wangi atau apa sahaja yang mengaitkan aura.

Semoga segala input yang telah diberikan akan dapat memberikan hasil penyelidikan yang tepat kepada pihak USAS dan JAIP; dan seterusnya memberikan manfaat yang tidak ternilai berkaitan Perubatan Islam kepada seluruh ummat Islam dan manusia di seluruh dunia. In shaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Popular