Isnin, 6 Mac 2017

Bengkel Pengubatan Islam

Syukur alhamdulillah. Pada tanggal 11 dan 18 Februari 2017 yang lalu, telah berjaya disempurnakan Bengkel Pengubatan Islam ('Ilaj Syar'ie) oleh YBHg Al-Fadhil Ustaz Abdul Halim Zakaria; yang merupakan Exco Dakwah, Persatuan Ulama' Wilayah Persekutuan dan Pengamal Pengubatan Islam Darussyifa'. 


Sekalung penghargaan kepada pihak Penganjur, Masjid Al-Hidayah, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur; di atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini. Terima kasih kepada pihak Masjid Al-Hidayah kerana telah sudi menjemput kami.

Para Perawat PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ iaitu Mu'alij Zain Misbah, Ustaz Nurthalis Sulaiman, Ustaz Shakir Aqmal, Cikgu Abdullah Ibrahim dan Saudara Muhammad Hussaini; telah berpeluang untuk hadir bersama bagi memberikan sokongan penuh tanpa prejudis. Program telah dijalankan dengan begitu baik dan sempurna melalui pendekatan teori, perkongsian pengalaman sebenar, kajian kes beserta pratikalnya. Pengijazahan Amalan Perubatan (Ayatul Quran) juga telah dilaksanakan ke atas semua peserta program. Alhamdulillah.

Adalah diharapkan agar program sebegini dapat diadakan secara istiqhomah bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang Pengubatan Islam yang sebenarnya. Apa yang pasti, ianya dapat memberikan pencerahan terhadap kekeliruan dan salah tanggapan yang berlaku akibat dari kejahilan (kekurangan ilmu) dan kelemahan orang Islam sendiri; demi kekuatan dan kemaslahatan ummat Islam seluruhnya. In shaa Allah. 

Sesungguhnya Allah SWT jua yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Kepada Allah jualah tempat kita memohon pertolongan dalam setiap detik dan ketika. Terima kasih tak terhingga kepada Ustaz Abdul Halim di atas penjelasan dan perkongsian segala ilmu dan amalan dalam Pengubatan Islam. Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala kebaikan, jasa dan pengorbanan para Perawat Islam di seluruh dunia; yang setiap hari bersabung nyawa berjuang menentang kejahatan dan kezaliman manusia, jin, syaiton dan iblis. Amiin ya Robbal 'Alamiin.

Dari kiri: Mu'alij Zain Misbah, Ustaz Abdul Halim dan Cikgu Abdullah
Kata-kata aluan dari Imam Masjid Al-Hidayah





Artikel tulisan:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
alqayyum2u.blogspot.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Popular