Sabtu, 7 Februari 2015

Rawatan Jarak Jauh: Sejauhmanakah Keberkesanannya?

Apakah sebenarnya Rawatan Jarak Jauh ini? Adakah ianya dibenarkan dalam Islam? Apakah hukumnya? Apakah dalil sohih tentangnya? Bolehkah penyakit sembuh melalui Rawatan Jarak Jauh? Sejauhmanakah keberkesanannya? Di manakah logik dan kebenarannya? Rawatan Jarak Jauh: Praktikaliti vs Fantasi? Atau satu penipuan?

Apakah sebenarnya Rawatan Jarak Jauh ini?
Dalam kebanyakan kes, maksud Rawatan Jarak Jauh adalah merupakan rawatan atau perubatan yang dijalankan ke atas Pesakit dari jauh, yakni keadaan di mana lokasi Perawat adalah di tempat yang lain dari lokasi Pesakit (sejauh beberapa kilometer atau beratus-ratus kilometer atau beribu-ribu kilometer). 

Adakah ianya dibenarkan dalam Islam? Hukum dan dalil sohih tentangnya?
Bagi menjawab persoalan di atas, perkara yang paling utama perlu diambilkira ialah tentang bagaimana, kaedah dan teknik yang digunakan di dalam melaksanakan Rawatan Jarak Jauh tersebut. Rawatan Jarak Jauh boleh menjadi HARAM sekiranya seseorang Perawat/Bomoh itu menggunakan kaedah sihir dan ilmu hitam, yakni yang mengaitkan jin dan syaiton (kadangkala disebut sebagai pendamping, panglima, wali, tok sheikh, puteri, roh orang yang telah meninggal dunia dan seumpamanya lagi) atau perkara-perkara syirik dan khurafat yang lain seperti menggunakan bahan-bahan kotor lagi haram, gambarajah, jamuan, ancak, mentera pemujaan, menenung nasib dan sebagainya lagi; yang bertentangan dengan Syariat Islam.

Perlu dinyatakan bahawasanya, sihir dan ilmu hitam (peringkat tinggi) boleh dilaksanakan secara jarak jauh - dengan syarat-syarat tertentu yang diberikan oleh syaiton kepada Perawat/Bomoh berkenaan.

Terdapat 3 perkara yang sangat penting sebagai panduan asas di dalam perihal Perubatan Islam, yakni: Iktiqad, Niat dan Perbuatan. 3 perkara ini mesti betul berada di landasannya dan tidak menyimpang dari Syariat Islam. Maka, sebagai orang yang beriman adalah menjadi kewajipan kita untuk memastikan Rawatan Jarak Jauh yang dijalankan adalah beriktiqad hanya semata-mata melakukan ikhtiar kerana Allah SWT dan kepada Allah SWT jua tempat memohon pertolongan. Hendaklah juga beriktiqad bahawasanya tidak ada kuasa dan daya upaya penyembuhan, melainkan dari Allah SWT jua. Sesungguhnya Allah SWT yang menjadikan penyakit (sebagai hikmah dan kifarah), maka hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkannya. 

Niat (tujuan) Rawatan Jarak Jauh yang dilakukan itu mestilah di atas tujuan yang baik, bukan bertujuan untuk menganiaya, menyakiti, merosakkan, memusnahkan atau sebarang keburukkan ke atas orang lain mahupun diri sendiri. Tetapi, ketahuilah bahawa 'Niat Tidak Menghalalkan Cara'. Maka, justeru itulah perbuatan bagi tatacara Rawatan Jarak Jauh itu mestilah tidak bertentangan dengan Syariat Islam. Melalui perlakuan ibadah yang sangat dituntut seperti: Solat, Membaca Al-Quran, Berzikir, Berdoa dan Bersedekah - maka lahirlah teknik-teknik Rawatan Jarak Jauh yang dibenarkan dalam ISLAM, malahan sangatlah dituntut oleh Islam demi mendekatkan diri orang yang melaksanakannya dengan Tuhan Maha Pencipta, Allah SWT.

Firman Allah SWT (yang bermaksud):

“Wahai sekalian ORANG-ORANG YANG BERIMAN! MINTALAH PERTOLONGAN DENGAN BERSABAR DAN DENGAN (MENGERJAKAN) SOLAT; kerana sesungguhnya ALLAH MENYERTAI (MENOLONG) ORANG-ORANG YANG SABAR” ( Al-Baqoroh: 153)

“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari AL-QURAN ayat-ayat suci yang menjadi UBAT PENAWAR dan RAHMAT bagi ORANG YANG BERIMAN kepadanya.” (Al-Isro’: 82) 

“Maka INGATLAH KEPADAKU NESCAYA AKU AKAN INGAT KEPADAMU. Dan BERSYUKURLAH KEPADAKU DAN JANGANLAH KAMU KUFUR (AKAN NIKMATKU)” (Al-Baqoroh: 152)

“Wahai sekalian ORANG-ORANG YANG BERIMAN, BERZIKIRLAH KALIAN SEMUA KEPADA ALLAH DENGAN ZIKIR YANG BANYAK.” (Al-Ahzab: 41)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya AKU adalah DEKAT. AKU MENGABULKAN PERMOHONAN orang yang BERDOA apabila ia MEMOHON KEPADAKU, maka hendaklah mereka itu MEMENUHI (SEGALA PERINTAHKU) dan hendaklah mereka BERIMAN KEPADAKU, agar mereka selalu BERADA DALAM KEBENARAN" (Al-Baqoroh: 186)



Bolehkah penyakit sembuh melalui Rawatan Jarak Jauh? 
Sesungguhnya tidak ada batasan atau lingkungan had bagi kuasa Allah Yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkan sebarang penyakit atau menyelesaikan sebarang masalah. Segala penyakit dan masalah itu datangnya dari Allah SWT, sebagai ujian mahupun sebagai kifarah yang pastinya mempunyai segala hikmah, yang jelas dan yang tersembunyi. Hanya kepada Allah SWT sahaja yang selayaknya kita memohon untuk menyembuhkan penyakit atau menyelesaikan masalah, sambil berusaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh dengan cara yang diredhoiNya.

Firman Allah SWT (yang bermaksud):

“Sesungguhnya PELINDUNGKU IALAH ALLAH yang telah menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) dan DIA MELINDUNGI ORANG-ORANG YANG SOLEH.” (Al-‘Araf: 196)

"Jika Allah MENIMPAKAN sesuatu KEMUDHORATAN kepadamu, maka TIDAK ADA yang DAPAT MENGHILANGKANNYA KECUALI DIA. Dan jika Allah MENGKEHENDAKI KEBAIKAN bagi kamu, maka TIDAK ADA DAPAT MENOLAK KURNIANYA. DIA MEMBERIKAN KEBAIKAN itu kepada SIAPA yang DIKEHENDAKINYA di antara hamba – hambaNya dan Dia lah yang MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.” (Yunus: 107)

"TIDAK ADA KESUSAHAN (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan IZIN ALLAH; dan SESIAPA yang BERIMAN kepada Allah, ALLAH AKAN MEMIMPIN HATINYA (UNTUK MENERIMA APA YANG TELAH BERLAKU ITU DENGAN TENANG DAN SABAR); dan (ingatlah), ALLAH MAHA MENGETAHUI akan tiap-tiap sesuatu" (At-Taghobun: 11)

"Dan sesiapa yang BERTAQWA KEPADA ALLAH, nescaya akan dijadikan baginya JALAN KELUAR. Serta memberinya rezeki dari JALAN YANG TIDAK TERLINTAS hatinya. Dan, sesiapa BERSERAH DIRI BULAT-BULAT kepada Allah, maka ALLAH CUKUPKAN BAGINYA. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. ALLAH TELAHPUN MENENTUKAN KADAR DAN MASA bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (At-Talaq: 2-3) 

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):

"TIDAKLAH SEORANG MUSLIM TERTIMPA SUATU PENYAKIT DAN KELETIHAN, KEKHUATIRAN DAN KESEDIHAN, DAN TIDAK JUGA GANGGUAN DAN KESUSAHAN, bahkan duri yang melukainya; melainkan ALLAH akan MENGHAPUSKAN KESALAHAN-KESALAHANNYA" (HR Al-Bukhori)


Sejauhmanakah keberkesanannya? Di manakah logik dan kebenarannya? 
Keberkesanan atau lebih tepatnya, kemujaraban sesuatu Rawatan Jarak Jauh (yang berlandaskan Syariat Islam) sebenarnya adalah sangat bergantung kepada sejauhmana hubungan antara makhluk dengan Allah SWT (Maha Pencipta).  

Di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM ™, melalui Solat Hajat, Zikirullah dan Doa-doa Mustajab; adalah menjadi tatacara terpenting bagi para Perawat kami dalam berikhtiar memohon kesembuhan penyakit atau penyelesaian masalah yang dihadapi oleh Pesakit. Tidak menjadi keanehan bagi kami sekiranya sesuatu penyakit itu mencapai kesembuhan atau ke tingkat kesihatan yang lebih baik atau sesuatu masalah itu mencapai penyelesaian - kerana SEMUANYA di atas keizinan, kehendak dan kuasa Allah SWT jua. Tidak ada sebarang kuasa penyembuhan pada Perawat kami. Yang Maha Berkuasa hanyalah Allah SWT.

Niat para Perawat kami adalah untuk menyediakan ikhtiar terbaik, memberikan usaha dan melaksanakan ibadah melalui Solat Hajat, Zikirullah dan Doa-doa Mustajab demi kepentingan Pesakit. Perlu dinyatakan bahawa, para Perawat kami tidak samasekali melakukan ibadah-ibadah tersebut (Rawatan Jarak Jauh) atas dasar wang atau bayaran. Jumlah bayaran (Kadar Sumbangan) tidak akan menentukan hasil keberkesanan Rawatan Jarak Jauh kami. Keikhlasan dan penyerahan sepenuhnya bulat-bulat diri Perawat, Penempah dan Pesakit sebagai hamba kepada Allah SWT itulah menjadi penentu di dalam memohon rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.

Kuasa dan kehebatan Allah SWT tidak memerlukan logik akal. Allah berhak untuk melakukan apa sahaja, samada ianya disukai oleh kita (makhluk) atau tidak. Tetapi, perlu diakui sepenuhnya oleh kita bahawa apa sahaja tindakan Allah SWT adalah kerana kasihnya kepada kita. Segala kejadian dan keputusan dari Allah SWT mempunyai hikmah yang tiada tolok bandingannya.   

Firman Allah SWT (yang bermaksud):

“PATUTKAH MANUSIA MENYANGKA BAHAWA MEREKA AKAN DIBIARKAN DENGAN HANYA BERKATA: "KAMI BERIMAN", SEDANG MEREKA TIDAK DIUJI (DENGAN SESUATU CUBAAN)? Dan Demi sesungguhnya! KAMI TELAH MENGUJI ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA MEREKA, maka (dengan ujian yang demikian), NYATA APA YANG DIKETAHUI ALLAH TENTANG ORANG-ORANG YANG SEBENAR-BENARNYA BERIMAN, DAN NYATA PULA APA YANG DIKETAHUI-NYA TENTANG ORANG-ORANG YANG BERDUSTA.” (Al-Ankabut: 1-3)

“ADAKAH PATUT KAMU MENYANGKA BAHAWA KAMU AKAN MASUK SYURGA, PADAHAL BELUM SAMPAI KEPADA KAMU (UJIAN DAN CUBAAN) SEPERTI YANG TELAH BERLAKU KEPADA ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA KAMU? MEREKA TELAH DITIMPA KEPAPAAN (KEMUSNAHAN HARTABENDA) DAN SERANGAN PENYAKIT, SERTA DIGONCANGKAN (OLEH ANCAMAN BAHAYA MUSUH), SEHINGGA BERKATALAH RASUL DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN YANG ADA BERSAMANYA: BILAKAH (DATANGNYA) PERTOLONGAN ALLAH?" Ketahuilah sesungguhnya PERTOLONGAN ALLAH ITU DEKAT (ASALKAN KAMU BERSABAR DAN BERPEGANG TEGUH KEPADA AGAMA ALLAH)”. (Al-Baqoroh: 214)

“Sesungguhnya BERJAYALAH ORANG YANG BERUSAHA MEMBERSIHKAN DIRINYA (DENGAN TAAT DAN AMAL YANG SOLEH). DAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATINYA AKAN NAMA TUHANNYA SERTA MENGERJAKAN SOLAT (DENGAN KHUSYUK) (TETAPI KEBANYAKKAN KAMU TIDAK MELAKUKAN YANG DEMIKIAN) BAHKAN KAMU UTAMAKAN KEHIDUPAN DUNIA. PADAHAL KEHIDUPAN AKHIRAT LEBIH BAIK DAN LEBIH KEKAL.” (Al-A’la: 14-17)

“Bertanyalah kepada mereka: SIAPAKAH YANG MEMBERI REZEKI KEPADA KAMU dari langit dan bumi? Atau SIAPAKAH YANG MENGUASAI PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan SIAPAKAH PULA YANG MENTADBIRKAN URUSAN SEKALIAN ALAM? Maka mereka tetap akan menjawab dengan berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya! Oleh itu, katakanlah: MAKA MENGAPA KAMU TIDAK MAHU BERTAKWA?”  (Yunus: 31)


Rawatan Jarak Jauh: Praktikaliti vs Fantasi? Atau satu penipuan?
Dari perspektif Islam, segala ibadah adalah dianggap praktikal dan sangat dituntut ke atas setiap orang Islam; berdasarkan rukun-rukun dan hukum-hukum yang telah digariskan. Setiap ibadah yang dilakukan (dengan Iktiqad, Niat dan Perbuatan yang betul) sudah pastinya ada ganjaran dari Allah SWT, dengan keizinan dan kehendak Allah SWT. 

Pada hakikatnya, apa jua jenis ibadah tidaklah boleh dijual-beli dengan apa jua cara sekalipun. Adalah terbaik dan lebih afdhol sekiranya Pesakit atau waris Pesakit sendiri yang dapat melakukan Solat Hajat, berzikir dan berdoa dengan penuh keimanan, ketaqwaan dan secara istiqomah (berterusan).

Namun, sebagai hamba Allah yang sentiasa serba kekurangan dari segala sudut, kadangkala kita perlu mendapatkan bantuan dari orang lain yang lebih berkeupayaan, mahir dan mengetahui selok belok tentang sesuatu perkara itu. Terdapat beberapa ibadah lain seperti ibadah korban, aqiqah serta umrah dan haji (untuk orang yang sedang uzur atau telah kembali ke rohmatullah) yang boleh kita wakilkan kepada orang yang lebih arif daripada kita; yang dalam kebanyakan kes bukanlah secara percuma (perlu ada bayarannya). 

Kita juga mungkin menjemput Imam dan Qoriah Masjid atau Surau untuk mengadakan Solat Hajat, Tahlil, Doa Arwah atau Doa Selamat di rumah kita. Perbelanjaan dan segala kos harus kita tanggung dan menyerahkannya kepada pihak berkenaan bagi melaksanakan ibadah-badah tersebut. Mengapa tidak kita melakukannya sendiri?

Rawatan Jarak Jauh boleh menjadi Haram, Fantasi atau Penipuan; sekiranya dilakukan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan ke atas kelemahan dan situasi terdesak orang lain (Penempah / Pesakit). Maka, perlulah kita berhati-hati sebelum kita menempah dan melaksanakan transaksi bayaran bagi apa-apa Rawatan Jarak Jauh. Sebaik-baiknya, terlebih dahulu hendaklah dibuat pengkajian dan pencarian maklumat yang sohih tentang Pusat Rawatan / Perubatan Islam berkenaan.


Kesimpulan
Maka, adalah tidak menjadi kesalahan atau keraguan di dalam melaksanakan Rawatan Jarak Jauh melalui Solat Hajat, bacaan Ruqyah Syar'iyah, Zikirullah dan Doa-doa Mustajab serta mengadakan Jamuan Makan di Masjid atau Surau (bersedekah); kerana semuanya adalah menjadi ibadah dalam mencari keredhaan dan memohon pertolongan Allah SWT dalam menyembuhkan Penyakit atau menyelesaikan masalah - selagi segala iqtiqad, niat dan perbuatan tidak bertentangan dengan Syariat Islam aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. In shaa Allah.

Firman Allah SWT (yang bermaksud):

"Katakanlah: Sekali-kali TIDAK AKAN MENIMPA kami melainkan apa yang telah DITETAPKAN OLEH ALLAH bagi kami. DIALAH PELINDUNG KAMI, dan HANYALAH KEPADA ALLAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN HARUS BERTAWAKAL." (At-Tauba: 51)

Apa yang penting, janganlah kita sesekali terlibat dengan perkara-perkara yang mungkar lagi keji seperti mendapatkan bantuan secara berdepan atau jarak jauh dari bomoh, dukun, pawang atau individu yang menyamar menjadi Perawat Islam atau yang tersesat tanpa disedari; yang menggunakan khidmat jin (yang memang boleh melakukan perkara-perkara yang pelik, ajaib dan mustahil pada pandangan manusia).

Penggunaan khadam jin, mentera, sihir serta yang berkaitan dengannya adalah HARAM kerana ianya adalah perkara SYIRIK dan KHURAFAT dan sudah tentu akan menjerumuskan kita ke lembah kehinaan, kesusahan dan penderitaan samada di dunia atau akhirat atau kedua-duanya sekali. Nau’zubillahi min zalik.


Artikel tulisan:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
alqayyum2u.blogspot.com

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum saya baru disini tolong beri tunjuk ajar ok....saya minat blog berkait dengan perubatan islam macam blog cikgu

    BalasPadam
  2. Selalu nya perubatan begini melepaskan kos yg tinggi.

    BalasPadam
  3. Allah yang izin kite berjaye berubat sesuatu penyakit dan Allah juga izinkan kite tak berjaye berubat penyakit, itulah qodor dan qodar

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum wbt
    Sy lebih kpd ingin brtanya..
    1. Bagaimana kita nk kenal samada perawat menggunakan khidmat jin...sedangkan dia membaca ayat2 alquran dan doa2 yg biasa dibaca.
    2. Sy pernah dibagi tau ada pperubatan islam menggunakan khidmat jin dn dinamakan ilmu jurus.
    3. Kalau ada jenis perubatan yg perawat dpt scan penyakit pesakit..adakah ini satu cara rawatan secara islam.

    Sgt2 memerlukan pencerahan...
    Terimakasih.

    Wanie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam wht Saudari yg bertanya.
      1. Manusia adalah makhluk paling mulia dan paling sempurna di sisi Allah SWT. Ada sekelompok golongan jin yg pernah berbai'ah dgn Rasulullah SAW yg dikatakan telah memeluk agama Islam. Setelah beribu-ribu tahun, golongan jin juga berkembang dan berketurunan. Namun, para Ulama' sangat menegah manusia dari bersahabat dan golongan jin, walaupun golongan jin Islam. Ini dikhuatiri akan merosakkan aqidah seseorang itu dan berlakunya perkara syirik dan mungkar (jika jin yg menyamar 'alim). Seseorang yg pandai membaca Al-Quran dan rajin beribadat tidak terlepas dari tipu daya dan kejahatan syaiton dan jin kafir. Apatah lagi kpd golongan Perawat Islam masa kini. Apa yg penting, Pesakit perlu bijak menilai dan mohonlah petunjuk dari Allah SWT yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita. Wallahua'lam. (Ada orang2 kafir juga menghafal surah2 Al-Quran, utk tujuan SPM atau sebagainya. Iqtiqad, Niat dan Perbuatan itu yg menilai keislaman serta keimanan. Bukan setakat perbuatan shj.)

      2. Nama ilmu tiada masalah selagi bukan nama-nama yg jelek maksudnya.Yang penting isi kandungan amalan ilmu itu. Adakah ianya melibatkan perkara2 munafik, syubhah, syirik, khurafat, mungkar lagi haram?

      3. Scan ini menjadi harus jika dibuat secara berdepan dgn Pesakit, berdasar pengalaman luas Perawat dan fakta2 perubatan yg sohih serta cukup akan ilmunya (menggunakan mata hati).

      Kalau menenung nasib atau scan dari jauh, adalah berdosa dan perbuatan itu haram kerana ianya bisikan syaiton, ketidakpastian, was-was dan boleh menimbulkan fitnah. Kecuali kpd golongan Ulama' yg diyakini, terbukti dan sohih akan iman, ilmu , amal dan akhlaknya. Tapi hal ini, sgt jarang utk berlaku dan bukanlah boleh berlaku selalu, dgn izin, kuasa dan kehendak Allah SWT jua pada masa-masa tertentu shj. Wallahua'lam.

      Padam
  5. *Pembetulan: dari bersahabat DENGAN golongan jin

    BalasPadam

Artikel Popular