Rabu, 24 September 2014

Mengapa Penyakit Gangguan Jin Tak Sembuh?

Ada banyak faktor yang menyebabkan gangguan jin (yang berpunca dari sihir, saka, lintasan atau ‘ain) tidak dapat dihilangkan sepenuhnya. Antaranya adalah seperti berikut:

1) Penyakit /Masalah yang dialami merupakan sebagai ujian, hikmah pengajaran, kifarah (pengampunan dosa-dosa lampau) dan peningkatan darjat ke atas diri Pesakit – dari Allah SWT; selagi Pesakit terus beriman dan bertaqwa hanya kepada Allah SWT.

“PATUTKAH MANUSIA MENYANGKA BAHAWA MEREKA AKAN DIBIARKAN DENGAN HANYA BERKATA: "KAMI BERIMAN", SEDANG MEREKA TIDAK DIUJI (DENGAN SESUATU CUBAAN)? Dan demi sesungguhnya! KAMI TELAH MENGUJI ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA MEREKA, maka (dengan ujian yang demikian), NYATA APA YANG DIKETAHUI ALLAH TENTANG ORANG-ORANG YANG SEBENAR-BENARNYA BERIMAN, DAN NYATA PULA APA YANG DIKETAHUI-NYA TENTANG ORANG-ORANG YANG BERDUSTA.” (Al-Ankabut: 1-3)

2) Tiada keyakinan sepenuhnya di dalam diri Pesakit terhadap Al-Quran dan tiada penyerahan diri bulat-bulat kepada Allah SWT; Tuhan Maha Penyembuh segala Penyakit dan Masalah.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya AKU adalah DEKAT. AKU MENGABULKAN PERMOHONAN orang yang BERDOA apabila ia MEMOHON KEPADAKU, maka hendaklah mereka itu MEMENUHI (SEGALA PERINTAHKU) dan hendaklah mereka BERIMAN KEPADAKU, agar mereka selalu BERADA DALAM KEBENARAN" (Al-Baqoroh: 186)

3) Tidak ada keserasian di antara ilmu Perawat dengan penyakit yang dirawat. Mungkin ilmu Perawat tidak mencukupi untuk menentang kekuatan jin (jin kelas pertama).

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud): "ALLAH menurunkan PENYAKIT dan menurunkan pula UBATNYA, DIKETAHUI OLEH YANG MENGETAHUI DAN TIDAK AKAN DIKETAHUI OLEH ORANG YANG TIDAK MENGERTI" (HR Al-Bukhori dan Muslim)

4) Berpunca dari Perawat yang mengamalkan amalan perubatan yang berdampingan dengan jin (khadam), samada disedari atau tidak disedari oleh Perawat. 

5) Diri Pesakit dan/atau rumah Pesakit yang masih didiami oleh jin – melalui kehadiran unsur-unsur yang disukai oleh jin seperti tangkal, azimat, rajah, barang-barang lama atau baru seperti keris, kacip, batu, kayu, buluh, rotan, apa-apa logam (besi, tembaga, perak atau emas), kain dan sebagainya; yang berunsur syirik, khurafat dan haram atau aktiviti ahli isirumah yang mungkar.


Contoh tangkal, azimat dan sebagainya yang disukai oleh Jin.
Kebanyakannya disebabkan oleh Pembuat atau Pemakainya yang mungkar.
6) Rumah Pesakit merupakan istana/rumah/sarang tempat tinggal jin sejak sebelum didirikan rumah lagi (bekas kawasan hutan, bukit, paya, kolam, lombong dan sebagainya).

7) Rumah Pesakit berhampiran dengan kuil, sembahan orang kafir, kawasan perkuburan orang kafir, kawasan kotor, kawasan maksiat, sarang jin atau sebagainya lagi.

8) Rumah Pesakit tidak dihidupkan dengan aktiviti ibadah seperti Solat dan membaca Al-Quran setiap hari; siang dan malam.

9)  Suasana di dalam dan/atau di luar rumah Pesakit yang sentiasa kosong, suram, kotor, berhabuk, usang, busuk, lembab, tiada pengaliran udara dan sebagainya yang menggalakkan percambahan Cas Negatif (unsur Jin dan Syaiton).

10) Iqtiqad, Niat dan Perbuatan Pesakit dan/atau Perawat; secara disedari atau tidak disedari;  bertentangan dengan Syariat Islam.

11) Gangguan jin yang berpunca dari salasilah keturunan (saka); yakni disebabkan oleh perbuatan jahat, amalan ilmu, perjanjian atau perbuatan sihir; ke atas atau oleh ibubapa, datuk nenek moyang Pesakit atau keturunan sejak beratus atau beribu tahun yang lampau.

12) Pesakit sering dilawati oleh atau tinggal serumah dengan orang-orang yang didampingi jin (samada disedari atau tidak).

13) Pesakit sering pergi ke tempat-tempat yang didiami oleh jin seperti kawasan hutan, air terjun, kedai makan yang menggunakan pelaris jin (tangkal, azimat, ilmu sesat dan sebagainya), tempat-tempat kotor, pasar dan sebagainya lagi.

Dan banyak lagi faktor-faktor lain yang berkaitan dengan iman, ilmu, amal, akhlak dan aqidah Pesakit, ahli keluarga Pesakit, orang yang merawat/mengubat Pesakit dan orang-orang yang berada di sekeliling Pesakit; yang mendorong jin untuk terus menganggu Pesakit. Wallahua’lam. 

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud): "PELIHARALAH PERINTAH DAN LARANGAN ALLAH, pasti kamu selalu berasakan kebersamaan Allah denganmu. INGATLAH ALLAH KETIKA ENGKAU SENANG, PASTI ALLAH MENGINGAT ENGKAU KETIKA ENGKAU DALAM KESUSAHAN." (HR Al-Tirmizi) 


Artikel tulisan:
Cikgu Indera Saifullah  
https://www.facebook.com/indera.saifullah
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
alqayyum2u.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Subhanallah walhamdulillah wala ilahaillallah wallahuakhbar...terima kasih ust di atas pencerahan yang amat berguna utk sy ini...

    BalasPadam

Artikel Popular