Selasa, 7 Januari 2014

Testimoni 2: 15 Kes Dari Meja Perawat

KES 1: KEMURUNGAN SELAMA 12 TAHUN
Pekerja Restoran, Perempuan, 29 tahun
Pelangi Damansara, Petaling Jaya, Selangor

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Mengalami tekanan perasaan dan kemurungan sejak melahirkan anak 12 tahun lalu. Sering bersikap panas baran dengan memarahi anak. Jiwa gelisah dan tidak dapat bekerja dengan sempurna. Pernah berubat dengan beberapa bomoh tradisional dan telah diberikan berbagai tangkal dan azimat. Sering bermimpi menakutkan. Tiada keyakinan diri.

Rawatan
Pesakit telah menjalani PROSEDUR RAWATAN PENUH (4 sesi) dalam masa 2 bulan serta beberapa kali Sesi Kaunseling. Semua tangkal dan azimat telah dihapuskan.

Kondisi Terkini (Disember 2012)
Pesakit kini berasa tenang dan boleh melakukan ibadat dengan sempurna. Telah mula kembali bekerja. Alhamdulillah.
...................................................................................................................................................................

KES 2: GANGGUAN JIN DARI KAWASAN KUBUR
Tidak bekerja, Lelaki,  27 tahun
Sri Andalas, Klang, Selangor

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Mengalami kemurungan sejak 3 tahun lepas. Pernah bermimpi anjing. Kerap mendengar bisikan di telinga. Kadangkala sakit kepala, bahu, tengkuk. Dada selalu berdebar-debar. Kerap mengigau semasa tidur malam. Ada ahli keluarga yang pandai mengubat secara tradisional. Rumah dipercayai ada gangguan jin – berdekatan kawasan perkuburan Islam dan bukan Islam. Telah berjumpa Doktor Psikiatrik – mengambil ubat tidur dan ubat penenang.

Rawatan
PROSEDUR RAWATAN PENUH sebanyak 3 sesi dalam masa 1 minggu serta PROSEDUR RAWATAN ASAS (Terapi Mandian) sebanyak 1 sesi.

Kondisi Terkini (17 Julai 2013)
Kemurungan sudah banyak berkurangan, minda stabil, sudah boleh berfikir dan bercakap dengan lancar. Gangguan jin di rumah masih ada tetapi sudah lemah. Alhamdulillah.
...................................................................................................................................................................

KES 3: RASA BENCI PADA SUAMI
Guru, Perempuan, 33 tahun
Cheras, Kuala Lumpur

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Telah berkahwin selama 7 tahun. Sakit sejak 2 bulan yang lalu. Sering berasa benci pada suami. Susah untuk mengerjakan solat dan jantung berdebar-debar. Sering terasa sesuatu bergerak-gerak di dalam perut. Sakit pada belikat dan kadangkala terjadi lebam-lebam di sekitar bahagian badan. Juga mengalami kesedihan tanpa sebab munasabah. Pusingan haid tidak menentu sejak kecil. Juga mengalami migraine sejak zaman persekolahan lagi.

Rawatan
Pesakit telah menjalani PROSEDUR RAWATAN PENUH sebanyak 2 sesi dalam masa 1 minggu.

Kondisi Terkini (22 Julai 2013)
Pesakit kini telah sihat sepenuhnya dan tiada lagi mengalami sebarang gangguan jin. Alhamdulillah.
...................................................................................................................................................................

KES 4: MISTERI KERETA BERBAU BANGKAI
Pensyarah Kolej, Lelaki
Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur


Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Bau busuk seperti bangkai tikus, hanyir dan darah di dalam kereta. Keadaan berlaku selepas kereta digunakan untuk menghantar seorang pelajar ke klinik. Kereta telah diperiksa dengan teliti oleh mekanik (dibuka dashboard dan bahagian hawa dingin), tetapi tiada berjumpa apa-apa kesan kekotoran atau bangkai haiwan.

Rawatan
Bahagian luar kereta telah disiram dengan Terapi Air Ruqyah Syariyyah (dengan Limau Nipis sebanyak 21 biji); serta bahagian dalam kereta ditabur dengan garam dan lada hitam (dibiarkan selama 3 hari).

Kondisi Terkini (13 Januari 2013)
Bau telah hilang 100%. Telah disahkan oleh mekanik dan tuan punya kereta. Alhamdulillah.
...................................................................................................................................................................

KES 5: PESAKIT HIV SEMAKIN SEMBUH
Eksekutif Teknologi Maklumat, Lelaki, 36 tahun
Klang, Selangor

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Positif HIV – dikesan sejak Julai 2011 (telah ada sejak 1 – 2 tahun lalu). Jangkitan berkemungkinan besar disebabkan oleh hubungan seks sejenis. Masih bekerja. Badan selalu rasa lemah dan miang seluruh badan. Kadangkala mengalami cirit-birit. Hilang keyakinan diri. Selalu mengalami gangguan mimpi menakutkan.

Rawatan
Pesakit telah menjalani rawatan dalam 2 peringkat. Peringkat pertama bermula dari 2 Oktober 2011 hingga 14 November 2011 – sebanyak 7 sesi PROSEDUR RAWATAN PENUH. Peringkat kedua bermula dari 14 Mei 2013 hingga 24 Jun 2013 – sebanyak 7 sesi PROSEDUR RAWATAN PENUH.

Kondisi Terkini (24 Jun 2013)
Tidak mengambil apa-apa ubat hospital. Kesihatan rasa semakin sihat dan stabil. Keyakinan diri semakin bertambah. Tekanan darah normal (sebelum ini rendah). Tiada lagi rasa letih melampau dan sakit kepala. Tiada lagi gangguan mimpi menakutkan. Rasa miang di muka dan badan sudah hilang. Alhamdulillah.
...................................................................................................................................................................

KES 6: MISTERI SAKIT BADAN SELAMA 5 TAHUN
Kakitangan Awam, Perempuan, 28 tahun
Jalan Duta, Kuala Lumpur

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Selalu sakit-sakit badan sejak 2008 (5 tahun). Pernah berubat dengan ramai Perawat Islam dan bomoh tradisional tetapi hanya sembuh sekejap sahaja. Pernah bermimpi minum air yang bercampur paku, anjing, ular hitam dan menyusu bayi. Bahu sering rasa menyucuk dan badan terasa seram sejuk. Hujung jari tangan juga rasa menyucuk-nyucuk. Pernah mengalami histeria semasa dirawat. Pusingan darah haid tidak menentu. Di rumah dipercayai ada gangguan jin, anak-anak sukar tidur malam. Pernah melihat lembaga putih dan mendengar suara orang berbisik sewaktu tidur malam. Dada berdebar ketika mahu tidur.

Rawatan
Pesakit telah menjalani PROSEDUR RAWATAN PENUH (8 sesi), PROSEDUR RAWATAN INTENSIF (1 sesi), PROSEDUR RAWATAN ASAS (4 sesi). Rawatan Rumah (Solat Hajat,  Zikirullah dan garam) juga telah dijalankan di rumah Pesakit. Keseluruhan proses rawatan bermula dari September 2012 sehingga April 2013 (7 bulan).  

Kondisi Terkini (18 Julai 2013)
Gangguan jin sudah banyak (80%) berkurangan. Pesakit kini semakin sihat dan tenang. Pesakit telah disyorkan untuk terus menerus membina kekuatan dalaman diri melalui amalan Solat Fardhu, Solat Sunat dan Zikirullah. Alhamdulillah.
.................................................................................................................................................................. 

KES 7: BATUK BERPANJANGAN
Kakitangan Awam, Lelaki, 30 tahun
Putrajaya

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Mengalami batuk sudah hampir sebulan. Tekak gatal dan berlendir. Badan menjadi semakin kurus. Badan sering terasa lenguh-lenguh dan bahu terasa berdenyut-denyut. Sekeliling mata juga menjadi lebam.

Rawatan
Pesakit telah menjalani PROSEDUR RAWATAN PENUH sebanyak 1 sesi dan seminggu kemudian menjalani BEKAM SUNNAH.

Kondisi Terkini (22 Julai 2013)
Pesakit kini telah sihat sepenuhnya dan tiada lagi batuk. Alhamdulillah.
...................................................................................................................................................................

KES 8: MENDERITA KEMURUNGAN AKIBAT GANGGUAN JIN
Kakitangan Awam, Perempuan, 48 tahun
Shah Alam, Selangor

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Kemurungan tahap serius. Batuk berpanjangan sejak 6 bulan lalu. Telah berjumpa Doktor Psikiatrik. Banyak makan ubat penenang sejak 8 bulan lalu. Sudah banyak berubat dengan para Perawat Islam (terkenal). Badan rasa lemah dan lesu, sukar tidur malam, mengantuk pada waktu siang, sentiasa gelisah, sering sakit kepala (teramat sangat), rasa panas seluruh badan dan bahagian perut serta telinga berdengung. Sering rasa sakit di bahu dan tengkuk. Dada kerap berdebar. Sakit tulang belakang. Hilang keyakinan diri. Suka menyendiri. Berketurunan raja/bangsawan. Kini bercuti tanpa gaji.

Rawatan
PROSEDUR RAWATAN PENUH sebanyak 2 sesi berselang 3 hari.

Kondisi Terkini (18 Julai 2013)
Sudah semakin sihat. Sudah boleh mengerjakan solat dan membuat kerja-kerja rumah. Emosi sudah stabil. Masih mengambil pil tidur. Alhamdulillah. (Pesakit telah disyorkan untuk menjalani rawatan lanjut di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ demi mencapai kesembuhan sepenuhnya. In shaa Allah.)
...................................................................................................................................................................

KES 9: SERING SAKIT SEJAK KECIL
Pelajar, Lelaki,  22 tahun
Bandar Menjalara, Kuala Lumpur

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Kerap sakit belakang. Sering sakit-sakit sejak dari kecil. Pernah bermimpi dikejar, ular dan tempat tinggi; hilang fokus, panas baran, kerap berangan, suka menyendiri serta sering mendengar bunyi tapak kaki bila berjalan di dalam rumah.

Rawatan
PROSEDUR RAWATAN PENUH sebanyak 3 sesi dalam masa 3 minggu.

Kondisi Terkini (17 Julai 2013)
Perubahan positif ketara selepas menjalani rawatan. Kini sudah bekerja, tiada lagi mimpi. Tiada lagi mendengar bunyi tapak kaki di rumah. Sihat sepenuhnya. Alhamdulillah.
.................................................................................................................................................................. 

KES 10: GANGGUAN JIN DARI HUTAN
Kakitangan Awam, Perempuan, 28 tahun
Putrajaya

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Mengalami gangguan sejak setahun yang lalu sejak pulang dari perkhemahan di Gunung Jerai, Kedah. Pernah berubat dengan Perawat Islam lain lebih 20 kali. Pernah juga berubat dengan bomoh tradisional. Perut sering menjadi keras dan sesak nafas. Jantung sering berdebar-debar tanpa sebab munasabah. Badan berasa gatal-gatal. Tidak dapat menjalinkan hubungan dengan suami. Kerap bermimpi aneh.

Rawatan
Pesakit telah menjalani PROSEDUR RAWATAN PENUH sebanyak 3 sesi dalam masa 1 setengah bulan.

Kondisi Terkini (23 Julai 2013)
Pesakit kini berasa sihat, badan menjadi ringan dan tiada lagi gangguan jin. Pesakit kini dapat kembali menjalani kehidupan normal. Alhamdulillah.
...................................................................................................................................................................

KES 11: LEMAH TENAGA SYAHWAT
Pemandu Lori, Lelaki, 36 tahun
Selayang, Kuala Lumpur

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Baru berkahwin sejak dua bulan yang lalu. Ereksi alat kelamin cepat menjadi kendur dan tidak mencapai inzal. Sering ‘mengunyah gigi’ semasa tidur (menurut isteri). Belakang badan sering menjadi keras dan mengalami sakit pinggang. Tidak pernah mengalami sebarang kemalangan. Tiada gangguan mimpi pelik. Sering tidak cukup tidur.

Rawatan
Pesakit telah menjalani BEKAM SUNNAH sebanyak 3 sesi dalam masa 3 minggu. Titik bekam di sekitar belakang badan, kawasan sekitar alat kelamin, peha, lutut, pinggang, dada dan tengkuk. Juga telah disyorkan pengambilan madu bersama telur ayam kampung dan habbatus sawda setiap pagi.

Kondisi Terkini (22 Julai 2013)
Pesakit kini berasa lebih cergas dan sihat. Ereksi alat kelamin kini dapat bertahan lebih lama. Alhamdulillah. (Pesakit telah disyorkan untuk menjalani PROSEDUR RAWATAN PENUH demi mencapai tahap kesembuhan terbaik.)
...................................................................................................................................................................

KES 12: DEMAM TIDAK SEMBUH
Pelajar (Universiti), Lelaki,  23 tahun
Tangkak, Johor

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Demam – sekejap baik, sekejap tidak – lebih 1 minggu. Sering berpeluh waktu tidur malam. Tekak selalu kering. Bermimpi ada penyakit ruam air di tangan dan muka.

Rawatan
PROSEDUR RAWATAN PENUH sebanyak 1 sesi.

Kondisi Terkini (17 Julai 2013)
Sudah sihat sepenuhnya. Alhamdulillah.
...................................................................................................................................................................

KES 13: HILANG SEMANGAT SECARA TIBA-TIBA
Kakitangan Awam, Perempuan, 32 tahun
Batu Caves, Kuala Lumpur

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Hilang semangat akibat gangguan jin sejak sebulan lepas. Badan dan peha kerap mejadi lebam-lebam. Isi bawah kulit bergerak-gerak dengan sendirinya. Kerap ditindih sewaktu tidur malam. Pernah bermimpi tempat-tempat kotor dan jatuh dari tempat tinggi. Pernah berubat dengan bomoh dan Perawat Islam. Tidur mengunyah gigi (menurut suami). Sistem peranakan/rahim jatuh. Sukar untuk tidur pada waktu malam. Pernah terdengar bunyi guli dan orang menyeret perabot di tingkat atas (rumah apartment) pada waktu malam.

Rawatan
Pesakit telah menjalani PROSEDUR RAWATAN PENUH sebanyak 4 sesi. Rawatan Rumah (Solat Hajat,  Zikirullah, garam dan lada hitam) juga telah dijalankan di rumah Pesakit.  

Kondisi Terkini (18 Julai 2013)
Semangat sudah pulih dan tiada rasa takut. Pesakit kini rasa lebih gembira. Alhamdulillah.
.................................................................................................................................................................. 

KES 14: KETULAN DARAH DI BAHAGIAN OTAK
Surirumah, Perempuan, 61 tahun
Shah Alam, Selangor

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Kemurungan sejak 2 minggu lepas. Kerap sakit kepala selepas waktu Asar dan ke atas. Sering resah apabila masuk waktu Maghrib. Pernah bermimpi arwah nenek. Tiada selera makan dan sering menjadi lupa. Menurut Doktor, ada kemungkinan boleh mendapat penyakit stroke kerana didapati ada ketulan darah di bahagian otak.

Rawatan
Pesakit telah menjalani PROSEDUR RAWATAN PENUH sebanyak 2 sesi dalam masa 1 minggu.

Kondisi Terkini (23 Julai 2013)
Pesakit kini berasa sihat dan sudah boleh melakukan kerja-kerja rumah. Alhamdulillah.
...................................................................................................................................................................

KES 15: PENING, SAKIT KEPALA DAN MUAL SIANG DAN MALAM
Guru, Perempuan, 48 tahun
Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Sering mengalami pening, sakit kepala, mual, dada berdebar-debar dan sakit di bahagian sendi-sendi badan pada waktu tengahari dan tengah malam. Sering bersikap panas baran. Jari tangan juga sering terasa menyucuk-nyucuk. Telah dikesan mempunyai fabroid di dalam perut. Juga mengalami kemurungan dan keresahan. Pernah beberapa kali berubat dengan Perawat Islam lain dan bomoh tradisional.

Rawatan
Pesakit telah menjalani PROSEDUR RAWATAN PENUH sebanyak 2 sesi dalam masa 1 minggu.

Kondisi Terkini (23 Julai 2013)
Pesakit kini berasa sihat sepenuhnya. Tiada lagi mengalami pening, sakit kepala atau mual. Emosi Pesakit kini menjadi tenang dan boleh berfikir dengan cerdas. Alhamdulillah.


Artikel tulisan:
Cikgu Indera Saifullah  
>> https://www.facebook.com/indera.saifullah
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
alqayyum2u.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Popular