PUSAT PERUBATAN ISLAM YANG SEMAKIN POPULAR DI SERATA MALAYSIA, SINGAPURA, BRUNEI DAN INDONESIA..... EKSKLUSIF. MENYELURUH. SISTEMATIK. TERBUKTI. HUBUNGI KAMI SEKARANG!

SELAMAT DATANG KE PUSAT RAWATAN Al-QAYYUM

RAWATAN DAN TERAPI AL-QURAN . BEKAM SUNNAH . RAWATAN JARAK JAUH . RAWATAN RUMAH DAN PREMIS PERNIAGAAN . KELAS MENGAJI AL-QURAN . PRODUK KESIHATAN ISLAM . PROGRAM LATIHAN PERAWAT ISLAM . PROGRAM PERUBATAN ISLAM BERGERAK .

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

PUSAT PERUBATAN ISLAM Yang Semakin POPULAR Di Serata MALAYSIA, SINGAPURA, BRUNEI dan INDONESIA..... EKSKLUSIF! MENYELURUH! SISTEMATIK! TERBUKTI!

"Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami CAHAYA kami dan ampunilah kami sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu" (At-Tahrim: 8)

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari AL-QURAN ayat-ayat suci yang menjadi UBAT PENAWAR dan RAHMAT bagi orang yang BERIMAN kepadanya..." (Al-Israa': 82)

Baca selanjutnya...

Saya mahu menerima Artikel terkini melalui email!

Ahad, 17 Jun 2012

Bekam Sunnah di Pusat Rawatan Al-Qayyum

"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara; iaitu minuman madu, sayatan alat bekam dan kay (pembakaran) dengan api; dan sesungguhnya aku melarang umatku dari kay" (Hadis sohih)

"Aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, perintahkanlah umat kamu agar berbekam!" (Shajihu Al-Jami' 5671)

"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam" (Hadis sohih)

Bekam Sunnah (bekam darah) adalah peninggalan Rasulullah SAW yang merupakan PERUBATAN WAHYU. Ianya bukan perubatan alternatif atau hasil daripada kajian, eksperimen ataupun hipotesis manusia seperti kebanyakan perubatan moden pada hari ini. Bekam Sunnah sudah pasti mempunyai hikmah yang luar biasa dari segi khasiatnya; dengan izin dan kehendak dan kuasa Allah SWT jua.

1)  Bagaimana Bekam Sunnah dilakukan?
Bekam Sunnah (bekam darah) dimulakan dengan Jurubekam mengenalpasti titik-titik bekam pada tubuh Pesakit, berdasarkan keperluan - untuk mengubati sesuatu penyakit atau menjaga kesihatan. Kemudian, sedutan vakum akan dilakukan dengan menggunakan pam vakum dan cawan (cup) bekam pada titik-titik ini; menyebabkan darah kotor naik ke lapisan bawah kulit. Tusukan jarum (lancet) dilakukan di kawasan permukaan kulit yang telah disedut. Seterusnya, pam vakum dan cawan bekam akan digunakan sekali lagi untuk menyedut darah kotor keluar ke permukaan kulit.

Pengetahuan dan kemahiran mengenalpasti titik-titik bekam ini sangatlah penting bagi memastikan Pesakit mencapai objektif kesihatan yang diharapkan. Secara ilmiahnya, terdapat Titik Bekam Sunnah, Titik Bekam Tambahan, Titik Bekam Keseimbangan (Balancing Points), Titik Bekam Berlawanan dan Titik Bekam Urat Syaitan. Terdapat juga Titik Bekam Perubatan Cina, Jepun dan Korea.

2) Adakah tusukan jarum menyakitkan/
Tidak. Tusukan jarum dilakukan dengan menggunakan PEN BEKAM; yang menusuk sangat laju menyebabkan kesakitan tidak berapa dirasai oleh Pesakit.

3) Adakah selamat melakukan Bekam Sunnah?
Ya, sangat selamat, insyAllah. Ini adalah kerana Jurubekam di PUSAT RAWATAN Al-QAYYUM mempraktikkan prosedur kebersihan klinikal melalui penggunaan jarum pakai buang, teknik mencuci yang betul, antiseptik, sarung tangan, apron, tuala, serta pakaian bersih; termasuk segala peralatan bekam yang telah dinyah kuman. Cawan bekam dan Pen Bekam adalah dari yang berkualiti tinggi yang membolehkannya disteril (direbus) selama 60 minit dengan dapur steril khas; sebelum dan selepas sesi berbekam. Ayatul Quran serta Doa-doa Mustajab juga akan dibacakan oleh Jurubekam sebelum dan sewaktu membekam Pesakit.

4) Apakah kelebihan melakukan Bekam Sunnah di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM? 

a) Jurubekam di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM juga merupakam seorang Perawat Islam (Mu’alij) berpengalaman, yang dapat mengenalpasti keperluan Pesakit serta jenis-jenis penyakit; dan melalui teknik Hikmah Mata Hati (scan) dapat mengesan kedudukan titik-titik bekam dengan tepat dan jumlah cawan bekam yang optimum bagi merawat penyakit berkenaan.

b) Gabungan bersama kaedah Kaunseling dan Analisis, Bekam Sunnah dan Ruqyah Syariyyah bagi merawat berbagai jenis penyakit minda, fizikal, rohani, hati dan jiwa yang dihidapi oleh Pesakit.

c) PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM mempraktikkan prosedur kebersihan klinikal bagi memastikan kebersihan pada tahap maksima demi keselamatan dan kesihatan Pesakit.

d) Suasana kondusif dengan gabungan Terapi Audio dan Terapi Aroma dapat menambah keselesaan dan ketenangan kepada Pesakit.

5) Bilakah tarikh mustajab untuk berbekam darah?
Berdasarkan hadis Nabi SAW; tarikh mustajab untuk berbekam darah ialah pada 17, 19 dan 21 haribulan kalendar Islam. Lebih baik lagi dalam keadaan perut yang kosong; pada masa selepas mengerjakan Solat Zohor. Walau bagaimanapun, tidaklah menjadi kesalahan atau larangan sekiranya melakukan Bekam Sunnah pada tarikh dan masa yang lain.

6) Siapakah yang dilarang berbekam darah?
Individu yang dilarang atau berisiko tinggi untuk berbekam darah ialah wanita yang sedang mengandung, wanita yang sedang haid, wanita yang kerap gugur, individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, kanak-kanak dibawah umur 5 tahun, pengidap kanser darah, pembawa HIV, pengidap Hepatitis, pengidap diabetes yang darahnya sukar untuk beku, pengidap tekanan darah rendah, pengidap penyakit kulit serius, invidu yang sedang kesurupan (gangguan jin), individu yang mudah pitam atau fobia dengan darah dan individu yang terlampau kekenyangan, kehausan, kelaparan, kesejukan, selepas mandi dan selepas menderma darah.

7) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesan terbaik untuk mencapai kesembuhan penyakit dan penjagaan kesihatan?
Kaedah Bekam Darah adalah kaedah yang terbaik untuk mengubati penyakit dan penjagaan kesihatan; berbanding Bekam Angin atau Bekam Luncur.

8) Berapa kerap kita perlu berbekam darah?
Bagi tujuan penjagaan kesihatan, disyorkan berbekam darah sebulan sekali. Bagi tujuan mengubati penyakit, disyorkan berbekam darah seminggu sekali sebanyak tiga sesi berturut-turut.

9) Apakah penyakit yang boleh disembuhkan melalui kaedah Bekam Sunnah?
Kaedah Bekam Sunnah boleh menyembuhkan (dengan izin Allah SWT) lebih dari 93 jenis penyakit. Di antaranya adalah seperti: meningkatkan daya tahan tubuh, melancarkan pengaliran darah, mengeluarkan racun dan toksid/toksin, mengeluarkan darah beku, mengeluarkan angin dalam badan, menghilangkan sakit kepala, menghilangkan sakit belakang, menghilangkan sakit pinggang, menghilangkan sakit bahu/tengkuk, menghilangkan sakit sendi, menghilangkan sengal tulang, menghilangkan kejang otot, melegakan penyakit paru-paru, menghilangkan stress, melegakan batuk kronik, melegakan asma, menghilangkan ketagihan rokok dan alkohol, menghilangkan masalah tidur, menghilangkan kemalasan, menambah daya ingatan, menambah fokus, mengeluarkan unsur jin/syaiton dan lain-lain.

10) Apakah pantang larang selepas berbekam darah?
Anda dinasihatkan JANGAN mandi, makan makanan berat, melakukan hubungan seks, melakukan kerja berat, memandu dalam jarak yang jauh ataupun tidur; dalam tempoh 2 jam selepas menjalani Bekam Sunnah. Ini adalah kerana sistem metabolisma tubuh anda sedang aktif menghasilkan hormon regenerasi sel, antibodi dan sel-sel darah yang baru. Tubuh badan perlu berada dalam keadaan stabil dan cukup tenaga.  

11) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Disyorkan berpuasa sehari sebelum tarikh sesi berbekam atau berbekam dalam keadaan perut kosong. Ini adalah bertujuan untuk memaksimakan kelancaran pengeluaran darah kotor.

12) Bolehkah berbekam darah pada hari RABU?
Boleh. Tiada dalil/nas sohih larangan berbekam pada hari Rabu.

13)  Apakah kesan sementara yang berlaku selepas menjalani Bekam Sunnah?
Selepas menjalani Bekam Sunnah, akan terdapat kesan lebam berbentuk bulatan pada permukaan kulit yang disebabkan oleh sedutan vakum dan cawan bekam. Juga mungkin terjadinya parut halus akibat tusukan jarum pada kawasan lebam tersebut. Segala kesan ini tidak merbahaya dan bersifat sementara sahaja. Ianya akan hilang dalam tempoh 3 hingga 4 hari dari hari bekam dilakukan. InsyAllah.

14) Bagaimanakah caranya untuk membuat Temujanji bagi menjalani Bekam Sunnah?

TAIP SMS: BEKAM [nama], [lokasi anda], [tarikh temujanji], [masa temujanji]
Contoh: BEKAM ariffin, bangi, 15 feb 2013, 8 pm

HANTAR KE: 017 765 1747

Panggilan telefon tidak berapa digalakkan berikutan kesibukan aktiviti Perawat serta jumlah Pesakit yang ramai. Sila hantar SMS kepada 017 765 1747 (Mua'lij Zain Misbah) untuk membuat sebarang Pertanyaan Segera. Waktu Perkhidmatan: ISNIN – KHAMIS, 2:00 PETANG – 10:00 MALAM.

15) Berapakah jumlah bayaran yang dikenakan?
Jumlah bayaran atau dikenali sebagai Kadar Sumbangan hanyalah RM10 bagi setiap cawan. Individu yang baru pertama kali hendak berbekam, akan disyorkan dari 5 hingga 10 cawan sahaja. Individu yang pernah berbekam pula akan disyorkan dari 10 hingga 20 cawan, bergantung kepada kondisi kesihatan dan saiz tubuh.   

Syukron jazilan.

Ikhlas dari saya, Cikgu Indera Saifullah. 

13 ulasan:

  1. bekam utk perempuan ade ke

    BalasPadam
  2. Setakat ini, sy membekam wanita hanya dibuat dibahagian kaki sahaja (mesti ada saksi muhrim) - hanya bagi kes yg amat memerlukannya. Jurubekam wanita masih dlm proses pencarian utk dilatih. Syukron jazilan.

    BalasPadam
  3. saya selalu terkena bisul. nak tanya kalo buat bekam ni boleh hilang bisul ke?.bisul saya di bahagian sulit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. blh di akupunture

      Padam
  4. Bagaimana dengan cost rawatan?

    BalasPadam
  5. Sy ada menyediakan rawatanbekam untuk wanita.jika ada pesakit wanita yg nk bekam blh la dtg ketmpat sy dibangi..blh jgk layari web saya bekamwanita.com.my

    BalasPadam
  6. brapa harga satu package ye ust

    BalasPadam
  7. salam saudara....area mn saudara beroperasi...blh sy dptkn no tel saudara sekian

    BalasPadam
  8. knp pesakit hiv tidak boleh di bekam

    BalasPadam
  9. saya ni masalah jerawt..buat bekam kt muka elok ke??berape kali kne buat untuk hilangkan masalh jerawt ni

    BalasPadam
  10. Saya ada masalah eczema yg agak teruk di muka dan keseluruhan tangan. Bolehkah saya berbekam dan di bhgn mana yg sesuai? Boleh saya berbekam di tmpt Ust?

    BalasPadam
  11. klu sy kerap keguguran tak bleh bekam lah?mknanya sy x bleh laa ikut sunnah nabi...

    BalasPadam
  12. boleh berbekam ....dalam masa yang sama kita perlu ada rawatan yang lain

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...