Sabtu, 31 Disember 2011

Merawat Kemurungan

Kemurungan adalah kesedihan. Kesedihan adalah emosi normal bila seseorang menghadapi peristiwa yang tidak menggembirakan. Kemurungan boleh menjadi penyakit jika terlalu serius atau terlalu lama hingga menjejaskan keupayaan seseorang menjalani aktiviti harian. Kemurungan adalah sesuatu yang biasa berlaku. Dianggarkan sebanyak 30% daripada golongan orang dewasa menghidap kemurungan sekali atau lebih dalam masa hidupnya.

Tanda dan Gejala 
1. Perubahan perasaan 
- Kesedihan yang berpanjangan melebihi 2 minggu. 

2. Gangguan terhadap fungsi kognitif 
- Berasa putus asa, tidak mempunyai harapan.  
- Berasa bersalah, tidak berharga, tidak bermaya.  
- Fikiran ingin membunuh diri.  
- Hilang keseronokan  
- Hilang tumpuan  
- Hilang minat 

3. Tanda Biologi 
- Hilang selera makan  
- Hilang berat badan  
- Gangguan tidur  
- Hilang keinginan seksual  
- Gangguan kitaran haid  
- Cepat lesu. 

Komplikasi 
Kemurungan menyebabkan seseorang itu lebih berkemungkinan mengalami kemalangan. Kemurungan memberi kesan terhadap keyakinan dan merendahkan jati diri seseorang. Ia mengurangkan keupayaan seseorang untuk melaksanakan tanggungjawabnya. 

Rawatan 
Kemurungan boleh dirawat secara berkesan.  Terdapat banyak cara rawatan dan gabungan rawatan adalah lebih berkesan. Penilaian menyeluruh oleh doktor adalah perlu sebelum sesuatu diagnosa dibuat dan rawatan dimulakan. 

1. Pharmacotherapy  
Terdapat banyak ubat-ubatan anti kemurungan pada masa sekarang. Ubat-ubatan ini membantu merubah perasaan dan membuatkan seseorang itu lebih bersedia menerima lain-lain rawatan. 

2. Terapi Psychological  
Ianya meliputi psikoterapi dan kaunseling untuk membuatkan seseorang itu memahami dirinya dan menemui kemahiran dalam menyelesaikan masalah bagi mengatasi tekanan yang dihadapinya. 

3. Terapi Kognitif  
Terapi ini membantu mengubah cara pemikiran dan menerima peristiwa yang berlaku di sekelilingnya dan membantu mencapai pemahaman yang lebih baik terhadap maksud kejadian itu kepadanya dan meminimakan kesan disebalik kejadian itu. 

4. Terapi Berkumpulan 
Ianya melibatkan perjumpaan satu kumpulan orang yang mempunyai masalah yang sama seperti pesakit yang mengalami kemurungan, duduk bersama berbincang pengalaman, kesukaran dan cara mereka mengatasi masalah tersebut. 

5. Terapi Electro-Convulsive  
Cara ini boleh dilakukan kepada mereka yang tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas dos yang sesuai dan tempoh rawatan ubat anti kemurungan. Ia juga boleh digunakan bila perubahan segera diperlukan contohnya dalam situasi mengancam nyawa atau dalam  masa selepasbersalin dimana bayi memerlukan penyusuan dan penjagaan  ibu dan bagi pesakit yang tahap pemikiran membunuh diri yang tinggi. 

Pemulihan 
Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan pemulihan yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala. 

Setiap Jabatan psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh negara mempunyai unit pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda. Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu pesakit pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk berkerja dan berinteraksi dengan mayarakat. 

Sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Kemurungan.pdf


MAKLUMAN KEPADA PESAKIT KEMURUNGAN: 

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ memang kerap menerima Pesakit yang mengalami masalah kemurungan, samada wanita mahupun lelaki. Dengan menggunakan Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah; alhamdulillah, ramai yang telah berjaya disembuhkan atau sekurang-kurangnya ditingkatkan kesihatannya.

Bagi mencapai kesembuhan sepenuhnya, para Pesakit perlu memberikan kerjasama sebaik mungkin dan menjalani rawatan secara Istiqomah (berterusan), yang kebiasaannya memerlukan antara 3 hingga 5 sesi Rawatan dan Terapi Al-Quran. In shaa Allah.

Walau bagaimanapun, bagi Pesakit yang telah menjadi gila atau mengalami kerosakkan saraf otak, maka rawatan dari pihak Hospital (Perubatan Allopati) adalah amat disyorkan.

"Yakub menjawab: Sesungguhnya HANYALAH kepada ALLAH aku mengadukan kesusahan dan KESEDIHANKU, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya."  (Yusuf: 86)

"JANGANLAH kamu bersikap LEMAH, dan janganlah (pula) kamu BERSEDIH HATI, padahal kamulah orang-orang yang paling TINGGI (derajatnya), jika kamu orang-orang yang BERIMAN." (Ali-Imran: 139)
  
"Dan sungguh akan Kami berikan CUBAAN kepadamu, dengan sedikit KETAKUTAN, kelaparan, kekurangan harta, JIWA dan buah-buahan. Dan berikanlah berita GEMBIRA kepada orang-orang yang SABAR" (Al-Baqarah: 155)

"SYAITON telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka LUPA MENGINGATI ALLAH; mereka itulah golongan syaiton. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaiton itulah golongan yang merugikan." (Al-Mujadilah: 19) 

HUBUNGI KAMI

21 ulasan:

  1. salam,saya nak dapatkan rawatan ni segera :)

    BalasPadam
  2. saya rasa sy harus dptkn ini krn sy slalu rasa ingin mmbunuh diri dan tiada masa dpn lg dlm hdup sy. sy juga merasakn mcm seorg yg xbguna. family sy juga xambik puisng dlm hal ni. sy sgt keseorgan dan perlukn rawatan ni scepat mngkin

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya jg mengalami masalah yg sama....

      Padam
  3. Sy prlukn rawatan utk suami saya.. Bagaimana perlu sy lakukan jika dia tidak mahu turut serta..

    BalasPadam
  4. saya mengalami kemurungan berpanjangan...tp sy tidaklah berfikir membunuh diri...sy rasa cepat lesu,mudah hilng semangat,hilang tunpuan,monat.gangguan tidur,hilang keseronokan

    BalasPadam
  5. Saya mengalami masalah hilang keyakinan diri, merasa seperti orang sekeliling membenci saya, merasa tak yakin dengan sesuatu yang saya lakukan, sentiasa merasa serbasalah walaupun buat benda baik, dan terlalu banyak berfikir benda yang bukan2 dan negatif tapi saya takde sampai tahap nak membunuh diri. Saya dengan family dan kawan pun jadi tidak seperti dulu jadi tidak gembira

    BalasPadam
  6. Dr kecil hingga kini, sy suka menyindiri, hidup dlm dunia sy sndr. Sy xde kwn. Yang paling ketara sy dpt rskan sejak umur 13 hingga kini, sy merasa malas cepat letih selalu sedih cepat marah sukar tidur dan kini perasaan putus asa untuk terus hidup dan terpikir berkenaan bunuh diri jalan terakhir.. Adakah sy mengalami penyakit berkaitan dengan psikiatrik?

    BalasPadam
  7. saya rasa sunyi dan tidak penting kpd sesiapapun...ini mgnggu tumpuan sy belajar semester akhir.apa rawatan terbaik?

    BalasPadam
  8. Dr saya selalu rasa ingin membunuh diri. Segala jalan yang saya telah cuba semua tidak menjadi. Hidup saya kosong. Keluarga x ambil peduli apa yang saya hadapi. Semua memandang rendah pada saya dan saya tiada kawan. Harap doktor boleh email saya plorks@live.co.uk atau sms/whatsapp 017-2805540. Harap dr contact saya kerana saya perlukan rawatan.

    BalasPadam
  9. saya lelaki berumur 31 tahun .. isteri saya lari dari rumah sejak seminggu lpas .. kol tak berjawab .. sms hanya cemuhan .. saya rasa terhina hingga mengganggu kerja saya .. sekarang saya selalu menyendiri dalam bilik gelap memikirkan jalan membunuh diri
    .. apakah bantuan yang doktor boleh beri ? 0137370033

    BalasPadam
  10. bagi yang memerlukan rawatan, call no ustaz yang tertera di atas.. semoga Allah memberi jalan keluar buat kita semua.. amin

    BalasPadam
  11. bagi yang memerlukan rawatan, call no ustaz yang tertera di atas.. semoga Allah memberi jalan keluar buat kita semua.. amin

    BalasPadam
  12. Artikel yang menarik mengenai kaedah rawatan Islam untuk merawat masalah kemurungan yang kian melanda rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita. Statistik ini kian meningkat disebabkan tahap sosio-ekonomi yang semakin mencabar dan hubungan kekeluargaan yang tidak rapat. Sebaik-baiknya masalah kemurungan ini dirawat dengan kaedah-kaedah yang tidak melibatkan penggunaan ubat psikiatrik kecuali sekiranya masalah ini telah menjadi teruk seperti ada perasaan membunuh diri atau mencederakan orang lain dan sebagainya.

    BalasPadam
  13. Slm..sy mengalami mslah yg sma ,sy rsa kurang kyakinan diri ,slalu rasa takot kmatian menghantahui dori,x blh berkerja,slalu marah2 ,slalu sedih..sy sedih apa yg jadi pada diri saya,saya nk kdaan sy normal seperti sedia kala,..

    BalasPadam
    Balasan
    1. "TIDAK ADA KESUSAHAN (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan IZIN ALLAH; dan SESIAPA yang BERIMAN kepada Allah, ALLAH AKAN MEMIMPIN HATINYA (UNTUK MENERIMA APA YANG TELAH BERLAKU ITU DENGAN TENANG DAN SABAR); dan (ingatlah), ALLAH MAHA MENGETAHUI akan tiap-tiap sesuatu"
      (At-Taghobun: 11)

      Untuk membuat sebarang Pertanyaan Segera, sila hubungi KAUNSELOR RAWATAN anda antara jam 9:00 AM - 5:00 PM, . SMS / WhatsApp dialu-alukan.

      .... +6 017 211 4745 (Ustaz Shakir Aqmal)
      .... +6 017 765 1747 (Mu'alij Zain Misbah)
      .... +6 03 6263 7006 (Pejabat Pengurusan)

      Semoga saudari/saudara mendapat petunjuk dan hidayah. In Shaa Allah

      Padam
  14. Kemurungan boleh akibatkan sesuatu yang bahaya jika tidak dirawat dengan cepat.

    BalasPadam
  15. ambo gilo sejak setahun doh xde rasa gapo gapo dk dunia ni mcm ore mati lgu mno nk rawat harap ada sinar.......dk sepital doh dok sial jugok ambo nk pisoh kot rawatan islam pulokt

    BalasPadam
  16. Pandang I adalah langkah pertama yang berkesan untuk mengatasi kemurungan adalah untuk memahami penyakit itu. Apakah penyakit ini, bagaimana ia memberi kesan kepada anda, apa yang menyebabkannya? Semua ini adalah penting supaya rawatan yang betul boleh diberikan.

    BalasPadam
  17. saya mengalami penyakit kemurungan ,,, hidup mcm tdk berguna lgi ,, waktu kerja saya hilang fokus ,, dan yg lebih buruk lgi ,, setiap percakapan rakan sekerja , seolah-olah semua kena pada saya ,,, tekadang saya berasa ingin bunuh diri ,,,

    BalasPadam
  18. Assalammuallaikum ustaz Saya mengalami tekanan perasaan yang melampau sekarang saya buntu tak tahu bagaimana nak keluar dari masalah sekarang depresi saya dah mula tunjuk saya kemurungan saya lebih selesa bersendirian di tempat kerja dah kurang bergaul dengan kawan2 kerja saya suka menyendiri di rumah pula saya suka mengurungkan diri dalam bilik sendirian hubungan saya dan suami retak menanti belah suami malas bekerja semua saya terpaksa tanggung sendiri suami langsung tak peduli kebajikan saya dan anak sekarang ibu saya menjaga anak saya sebab saya bekerja petang setiap hari suami kadang suka mengabaikan anak saya kadang bila saya balik dari kerja jam 12malam anak masih di rumah jiran bila ditanya mana ayahnya dia bgtau ayah tidur di rumah saya tak mahu akhlak anak saya boleh rosak sekiranya terpengaruh dengan benda tak elok itu yg membuat saya mengambil keputusan bg pada ibu saya menjaga anak saya.Suami masih tidak peduli perbelanjaan sekolah anak dia hanya akan cari wang untuk dirinya sahaja kadang duit saya juga yg diambil untuk buat belanja untuk dirinya setiap hari melalui penderitaan emosi dan jiwa tertekan selalu saya jadi seorang pemarah padahal saya seorang yg begitu utamakan kesempurnaan dalam hidup dan penyabar dan boleh selesaikan setiap masalah yang datang tp sekarang saya dah hilang arah tak tau nak buat apa lagi dan tak boleh buat keputusan walaupun masalah itu kecil saya hilang fokus kerja saya dah tunggang langgang dan kerap tidak masuk kerja sebab badan dah rasa sangat lemah selalu memikir masalah hidup dan merintih sedih yg setiap hari saya lalui hubungan saya dengan ibu dan adik menjadi tegang sekarang ibu kurang mengambil tahu lagi masalah yg saya lalui sebab dah tidak suka dengan perangai suami saya dan pernah menyarankan agar saya memohon fasakh sebab hidup saya menderita sudah sangat lama tapi saya masih bertahan dan masih buka peluang pada suami akan berubah satu hari sebab masih sayangkan keluarga saya disebabkan itu ibu marah pada saya sebab saya masih mahu hidup merana setiap hari.Saya buntu tak tahu macam mana nak keluar dari masalah yg saya dah tak mampu lagi nak menanggungnya sekarang saya minta cuti dari tempat kerja sebab terlalu lemah seluruh badan rasa tegang bahu dan leher ni setiap hari membuat badan saya sakit saya dah rasa hidup saya dah tak guna lagi sebab apa yg saya lakukan untuk memperbaiki hubungan bersama keluarga tidak menjadi dan hanya penderitaan dan tekanan berterusan yg saya dapat.Harap ustaz dapat membantu saya sebab saya dah mula kemurungan selalu sedih yg terlampau menangis mengenang nasib hidup setiap hari dan tak ada tempat saya nak bergantung meluah penderita dalam hati dan jiwa ini dah menebal tak terdaya nak lakukan apa2 lagi.wassalam.

    BalasPadam
  19. Assalammuallaikum ustaz Saya mengalami tekanan perasaan yang melampau sekarang saya buntu tak tahu bagaimana nak keluar dari masalah sekarang depresi saya dah mula tunjuk saya kemurungan saya lebih selesa bersendirian di tempat kerja dah kurang bergaul dengan kawan2 kerja saya suka menyendiri di rumah pula saya suka mengurungkan diri dalam bilik sendirian hubungan saya dan suami retak menanti belah suami malas bekerja semua saya terpaksa tanggung sendiri suami langsung tak peduli kebajikan saya dan anak sekarang ibu saya menjaga anak saya sebab saya bekerja petang setiap hari suami kadang suka mengabaikan anak saya kadang bila saya balik dari kerja jam 12malam anak masih di rumah jiran bila ditanya mana ayahnya dia bgtau ayah tidur di rumah saya tak mahu akhlak anak saya boleh rosak sekiranya terpengaruh dengan benda tak elok itu yg membuat saya mengambil keputusan bg pada ibu saya menjaga anak saya.Suami masih tidak peduli perbelanjaan sekolah anak dia hanya akan cari wang untuk dirinya sahaja kadang duit saya juga yg diambil untuk buat belanja untuk dirinya setiap hari melalui penderitaan emosi dan jiwa tertekan selalu saya jadi seorang pemarah padahal saya seorang yg begitu utamakan kesempurnaan dalam hidup dan penyabar dan boleh selesaikan setiap masalah yang datang tp sekarang saya dah hilang arah tak tau nak buat apa lagi dan tak boleh buat keputusan walaupun masalah itu kecil saya hilang fokus kerja saya dah tunggang langgang dan kerap tidak masuk kerja sebab badan dah rasa sangat lemah selalu memikir masalah hidup dan merintih sedih yg setiap hari saya lalui hubungan saya dengan ibu dan adik menjadi tegang sekarang ibu kurang mengambil tahu lagi masalah yg saya lalui sebab dah tidak suka dengan perangai suami saya dan pernah menyarankan agar saya memohon fasakh sebab hidup saya menderita sudah sangat lama tapi saya masih bertahan dan masih buka peluang pada suami akan berubah satu hari sebab masih sayangkan keluarga saya disebabkan itu ibu marah pada saya sebab saya masih mahu hidup merana setiap hari.Saya buntu tak tahu macam mana nak keluar dari masalah yg saya dah tak mampu lagi nak menanggungnya sekarang saya minta cuti dari tempat kerja sebab terlalu lemah seluruh badan rasa tegang bahu dan leher ni setiap hari membuat badan saya sakit saya dah rasa hidup saya dah tak guna lagi sebab apa yg saya lakukan untuk memperbaiki hubungan bersama keluarga tidak menjadi dan hanya penderitaan dan tekanan berterusan yg saya dapat.Harap ustaz dapat membantu saya sebab saya dah mula kemurungan selalu sedih yg terlampau menangis mengenang nasib hidup setiap hari dan tak ada tempat saya nak bergantung meluah penderita dalam hati dan jiwa ini dah menebal tak terdaya nak lakukan apa2 lagi.wassalam.

    BalasPadam

Artikel Popular