Selasa, 9 Ogos 2011

Simptom-simptom Terkena Gangguan Jin

Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan seseorang itu telah terkena atau adanya gangguan Jin dan Syaiton (angkara Sihir, Saka, Lintasan atau A'in):
  1. Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah
  2. Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
  3. Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
  4. Bau nafas yang terlalu busuk
  5. Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
  6. Bayi kerap menangis
  7. Belakang tengkuk / bahu terasa berat
  8. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab  munasabah
  9. Bermimpi bayi / kanak-kanak
  10. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
  11. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
  12. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
  13. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
  14. Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
  15. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
  16. Darah haid turun lebih dari 15 hari
  17. Gagal melakukan hubungan kelamin tanpa sebab munasabah
  18. Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
  19. Hujung jari kaki / tangan sering terasa menyucuk / kebas
  20. Kaki atau tangan berasa berat
  21. Kaki, tangan atau anggota badan lain terasa panas
  22. Kemurungan yang berpanjangan
  23. Kerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
  24. Kerap keguguran
  25. Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
  26. Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
  27. Kuat berangan  / berkhayal / hilang daya tumpuan
  28. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
  29. Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
  30. Malas mengerjakan Solat dan beribadat
  31. Marah secara keterlaluan / panas baran
  32. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus
  33. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
  34. Mengantuk bila dengar Al-Quran
  35. Mengunyah gigi sewaktu tidur
  36. Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
  37. Mimpi makan 
  38. Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas
  39. Mimpi apa jua yang menakutkan
  40. Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya
  41. Mimpi tempat yang kotor; seperti tandas, longkang dan sebagainya
  42. Nafsu seks yang melampau / tidak normal
  43. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik / premis perniagaan
  44. Pelupa / Nyanyuk tanpa sebab klinikal
  45. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
  46. Ragu-ragu tentang keimanan diri / ingin murtad
  47. Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal 
  48. Sakit bebola mata
  49. Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal
  50. Sakit jiwa / mental / gila
  51. Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas
  52. Sakit perut tanpa sebab klinikal
  53. Sakit tapak kaki / tumit yang berpanjangan
  54. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
  55. Selalu ditindih / dicekik ketika tidur
  56. Selalu melihat kelibat / bayangan di rumah
  57. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
  58. Sering pengsan tanpa sebab klinikal
  59. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
  60. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
  61. Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
  62. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
  63. Suka bangun tidur selepas tengahari
  64. Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga-diri
  65. Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
  66. Suka berbuat maksiat
  67. Suka melihat diri di dalam cermin
  68. Suka menggulung rambut dengan jari
  69. Suka mengingati / bercakap tentang perkara-perkara lucah
  70. Suka tidur di dalam keadaan berbogel dan meniarap
  71. Suka melakukan onani / gemar pada pakaian dalam orang lain
  72. Suka tidur pada siang hari
  73. Sukar mendapat jodoh
  74. Sukar mendapat zuriat
  75. Sukar tidur malam
  76. Tanda lebam pada anggota badan
  77. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur
  78. Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
  79. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
  80. Terlalu rasa rendah diri / tidak berkeyakinan / hilang semangat
  81. Terasa bahu ditepuk dari belakang
  82. Terasa terkena renjisan air
  83. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat
dan sebagainya lagi...

PENTING: Jika anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA (3) simptom yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa dengan Perawat Islam yang diyakini untuk mendapatkan rawatan. Gangguan Jin dan Syaiton yang berterusan boleh membawa kepada berbagai gejala Penyakit dan Masalah yang lebih serius, kronik dan sukar untuk disembuhkan. Wallahua'lam.



Artikel tulisan:
Cikgu Indera Saifullah  
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™

34 ulasan:

  1. asalamualaikum..tuan ada berberapa perkara yg ingin saya kemukakan kepada tuan,.dan ia agak membimbangkan saya...tanda2 yg tuan jelaskan diatas secara purata ada keatas diri saya..tanda2 no 1,2,tanda no 4 semakin membimbangkan,7 kadang-kala,11,19,21,22,28,29,43,47,53,54,56,59,60,64,65,71,70,72,74,76,78,dan juga 79..saya berharap benar tuan dapat memberi sedikit pendapat atau saranan yg dapat saya lakukan dengan segera...terima kasih atas kesudian tuan membantu...wasalam...Dr Rosli b Ahmad...re8el10n@yahoo.com

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    Saya memohon jasa untuk mendapatkan maklumat di manakah dan bagaimanakah cara untuk mendapatkan rawatan.hampir kesemua tanda di atas dialami saya.namun sejak kebelakangan ia semakin teruk sehingga saya menjadi lemah semangat,berdebar & takut kerana terfikir kematian serta perkara buruk.bantulah saya kerana takut semakin teruk hingga menjadi tidak siuman kerana keturunan moyang2 yg terdahulu mempunyai saka.bantulah saya,saya perlukan bantuan dan saranan dari Tuan untuk panduan..terima kasih di atas kesudian.tlg emelkan ke mintnie_03@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janganlah berburuk sangka terhadap nenek moyang dengan mengatakan Saka turun temurun. kerana kebanyakan buruk sangka adalah dosa dan dari syaitan. Syaitan suka melakukan fitnah sebagaimana mereka menfitnah nabi Sulaiman a.s mengerjakan sihir sedangkan itulah fitnah syaitan laknatullah dan telah berburuk sangka kaum yahudi terhadap nenek moyang mereka kepada nabi Sulaiman a.s

      Padam
  3. Assalamualaikum......
    sy minta penjelasan mengenai rasa panas lutut kiri hingga hujung kaki... dua hari lpas seorg ustaz dan pembantunya membantu sy membuang makhluk halus dlm bdn sy. hal ini kerna selama dua minggu sy menanggung sakit kebas blakang kpala, tgn dan kaki... Adakah makhluk halus masih dlm bdn hingga menyebabkan rasa panas di bhgn kaki @ ada kemungkinan makhluk halus masuk kembali dlm bdn sy?

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum.. Sy sering terasa pedih di tapak kaki seolah olah seperti dihiris.. Kadang2 badan terasa miang ketika tidur terutama dibahagian peha sedangkan tiada simptom2 klinikal... Juga dilihat sering tersentak ketika tidur... Mohon pendapat ustaz...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum. Amat menyedihkan kebelakangan ini didapati ramai pengamal perubatan tradisional mengenakan bayaran yang sangat tinggi yang kadang2 rasa tak menasabah. Sekali rawatan hingga mencecah beberapa ratus ringgit. Bukankah Allah yang menyembuhkan? Ramai juga mereka ini dikalangan ustaz2. Sedangkan rawatan doctor pakar dengan ubat yang mahal juga kadang2 tidaklah semahal rawatan tradisional ini..

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum. ?..penyakit ape yang suka bcakap2,di telinga, tengok tak ade orang, bayang2, terbentuk wajah manusia,.badan rasa kena control...perasaan berubah menjadi takut, tak dapat tidur malam..mimpi yang menakut kan..badan sejuk panas, dan bergegar,...

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum.

    Apa maksud mimpi sekumpulan rombongan memghantar jenazah yang tidak dikenali di rumah saya di kampung? Dan arwah nenek pula memeluk ketua rombongan tersebut seperti mengenalinya.

    Beberapa hari kemudian saya bermimpi di tapak kaki saya terdapat beberapa ekor lipan yang saya pijak di atas tanah.

    Harap beri nasihat. Terimakasih

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum.

    Beberapa minggu lepas saya bermimpi ada rombongan menghantar jenazah yang tak dikenali di rumah kampung saya. Ketua rombongan tersebut saya kenal tapi arwah nenek memeluknya sedangkan nenek tidak mengenalinya.

    Beberapa hari kemudian saya bermimpi dibawah tapak kaki saya terdapat beberapa ekor lipan bara. Tetapi tidak mengigit. Mohon nasihat.

    BalasPadam
  9. Minta tolong tukar warna font atau background. Susah nkk baca.. terima kasih

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum...
    saya bermimpi orang depan rumah saya meninggal dunia. kemudian saya mimpi makan. banyak lagi saya mimpikan dan semuanya berkaitan dengan simptom-simptom gangguan.kemudian saya mengalami rasa semput/sesak dada dan sakit pada bahagian mata.mata rasa bengkak dan berair.ttapi bila saya tengok kat cermin mata saya nampak ok.tak merah-merah.tetapi kenapa rasa sakit.darah saya turun naik.hari ini saya cek 160per99.kalau saya biasa-biasa saja darah saya ok.badan saya rasa melayang-layang.kadang2 rasa macam nak tumbang.badan saya terutama bahagian belakang rasa seperti dicucuk-cucuk jarum panas.kadang-kadang ibu jari saya pun rasa seperti dicucuk jarum.dekat ari-ari pun selalu rasa sakit.tekak terasa panas dan perit pedih.rasa macam ada sesuatu benda tajam bergerak-gerak kat tekak.risau saya.

    BalasPadam
  11. mmg konfem kew sume simptom2 tu prtnde sesorang kne shir, saka???? please..

    BalasPadam
  12. SALAM..YE MOHON TUKAR BACKGROUND.. TAK JELAS TULISAN.

    BalasPadam
  13. assalammualaikum..
    saya kebelkangan ini slalu bemimimpi bnatag brbisa seperti ular dan lipan...dah merasakn bahu sya berat....adekah sy trkena gagguan??
    bilefisyah@yahoo.com

    BalasPadam
  14. ASSALAMUALAIKUM.sy cuma nakkan pndpt anda semua..sy prnh diberitahu oleh seorang perawat bhwa suatu hari nnti hijab mata sy akan terbuka slps dia scan sy.perawat tu ckp hijab mata sy akn trbuka bila sy cecah umur 20+..boleh caya ke?mnta pndpt sume

    BalasPadam
  15. akm.sya ingin bertanya,sya slalu sakit bahu sebelah kiri dan terasa berat sangat2,sya juga sering sakit tumit sampai kadang2 sakit utk berjalan.utk pengetahuaan sy sudah berkahwin tp tinggal berasingan dgn suami di sbb kan kerja.tp bila berjumpa kami jrg bersama dan terasa ada sesuatu yg menghalang utk bersama.masing2 seperti tiada keinginan.ble berseorangan sya slalu terdengar bunyi org ubh perabot n bnyi guli jatuh.adakah itu tandanya sya terkena sihir

    BalasPadam
  16. askm tn,saya nak tanya,kenapa gangguan saka susah hendak keluar dari badan saya,
    utk makluman tn,ayat2 manzil,ruqyah dan zikir selalu saya amalkan setiap hari....tolong lah saya tn

    BalasPadam
  17. Semua yg trsenarai lbih katakn smua ad pd sy semua brlaku pada sy...mmmmmm

    BalasPadam
  18. Slm..sy ada tanda2 di ats...sy x fhm sma ada sy ada ganguan atw pon kemurungan.dh 3 thun sy alami di gangu rasa takut akan kmatian..hujung jari tgan kaki rsa sejuk berdebat..skrg sy rawatan doktor mengambil ubat anti kmurungan..rasa bebda bergarak2 dlm bdn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya mengalami dan lalui kondisi yang sama dengan saudara/i dan masih dalam rawatan. ustaz mengatakan yang saya mengalami gangguan. Saya syorkan saudara/i untuk pergi ke pusat rawatan islam untuk pengesahan, scan dan rawatan lanjut.

      Padam
  19. scan hati macamana?pak ustaz...

    BalasPadam
  20. Assalamualikum Ustad,...

    saya mohon bantuan ustad menghadapi gangun yg tidak takut ayat ayat Al Quran dan Ayat Kursi...kerna dalam diri, jiwa, hati dan akal saya berbicara di dalam diri saya sendiri.

    kejadian ganguan bisikan bisikan suara seperti orang yg saya kenali. tetapi orang nya tidak ada. saya bisa berbicara dengan makhluk tersebut melalui percakapan dlm hati....serta melalui percakapan biasa. sudah setahun genguan makhluk ini berlaku dlm diri saya. semua bermula saat saya tidur malam seorang didalam kamar seorang diri dalam keadaan gelap tampa cahaya.

    Mimpi mimpi menangis dlm tidur melihat seorg bayi mengecil didalam gengaman tangan serta berada dizaman lalu serta bertemu dan melihat 2 ekor burung merak cantik bersinar turun ke bumi berubah menjadi perempuan cantik bercakap dgn saya serta melihat seorg wanita bersama dua orang bayi kembar yg bayi yg satu memiliki tato dikiri tangan dan yg satu lagi dikanan tangan. serta melihat perkahwinan sorg wanita bersma suaminya yg berbadan pendek (kerdil).

    Semasa seorang diri saya tidur terjaga dengan bunyi suara sekor burung yg bising serta terdengar bunyi serta suara suara manusia didalam dinding atau bilik berkunci yg kosong. seperti pergaduha yang tidak tahan kerna marah dengan bunyi suara burung serta terdengar suara perempuan menangis dgn bunyi bayi mnangis serta bunyi berlari kedengaran hentakan kaki ke bumi serta bunyi melompat diatap rumah saya. Apakah jenis ganguan serta cara menghilangkan suara bisikan itu.

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum Ustaz,

    saya sekarang dlm kesusahan mencari kerja tetap untuk menampung keluarga. Seolah-olah saya membawa aura hitam/gelap/negatif. sudah mencuba rawatan dr perawat dan sy di nasihatkan selalu mengamalkan solat dhuha & selawat fateh tp masih menganggur. Seolah rezeki saya disempitkan. harap dpt nasihat ustaz.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum ustaz

    Saya tinggal keseorangan di sebuah kuarters 4 tingkat. Pada mulannya saya pergi mengurut kerana lutut saya bengkak selepas bersukan. Dikhabarkan oleh tukang urut (bomoh) tersebut saya terkena santau, seluruh badan saya keluar pasir ketika diurut. Kemudian saya mengalami sakit mata akibat dari sesuatu benda halus seperti pasir masuk ke dalam mata saya sewaktu saya tidur, saya bangun dan benda itu terus berada dalam mata saya. Saya dimasukkan kedalam hospital selama seminggu kerana kerosakan mata saya agak serius. Selang beberapa hari selepas saya keluar hospital, selepas bangun dari tidur, terdapat kesan gigitan pd tangan kiri saya. Lebam di tangan saya itu sgt jelas. 3hari lepas saya bermimpi ular yg sgt gemuk cuba utk menggigit saya. Sehari selepas itu saya tertidur di ruang tamu anggaran pd pukul 8 mlm, kemudian saya terjaga, sambil mamai saya bangun utk buka lampu kemudian saya ternampak seperti bayang ibu saya di sbelah kiri saya, selepas itu saya tertidur kembali sebab terlalu mengantuk. Mlm tdi saya tidur di ruang tamu, kira kira pukul 1 pg, saya terjaga dan kedengaran seperti ada org di sbelah saya, kemudian rasa tekanan di kepala saya seolah ada sesuatu pegang kepala saya. Saya x boleh bergerak, tp mata saya terbuka, saya baca surah al qursi dan 3 qul, kemudian baru saya dapat bangun, saya tidur mengiring sebelah kiri ketika itu. Apakah tanda ini ustaz, adakah saya mengalami gangguan atau saya menghidap sejenis penyakit?? Bantulah saya ustaz..

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum....
    saya sudah 2 bulan rasa sakit dada berdebar debar, tangan dan kaki mengeletar terasa sejuk...keadaan ini terjadi tidak selalu tetapi kerap juga terjadi...tetapi sekarang tidak lagi berdebar tetapi kaki dan tangan saya terasa kebas...saya juga mengalami perut memulas sebelum tangan dan kaki terasa kebas..belakang saya juga terasa berat n sakit...saya sudah pergi periksa sakit saya ini di klinik dan hospital tetapi mengikut laporan klinikal saya tidak menghadapi sebarang penyakit...apa yang saya rasa memang saya berasa sakit...ini menyebabkan saya berasa susah hati..saya juga telahpun berjumpa ustaz dan juga bomoh untuk mengetetahui penyakit saya...saya di beritahu bahawa saya telah terkena sihir ketika saya membina rumah saya...tetapi sehingga sekarang saya masih lagi belum pulih..Saya mohon agar ustaz dapat menolong dan membantu saya dalam merawat penyakit saya ini.. Mudah mudahan diizinkan Allah SWT supaya saya sembuh...amin

    BalasPadam
  24. Saudara boleh hubungi saya melalui emel md.ariffin_darus@yahoo.com.my untuk rawatan selanjutnya.

    BalasPadam
  25. Saya ada hampir kesemua tanda tanda yang ada di atas. Yamg tidak selesa sekarang ini leher saya berasa di cekik. Dan susah hendak bicara berasa lidah jadi pendek.

    BalasPadam
  26. Assalam Ustaz
    Saya terasa sakit bila bersalam dengan ibu..tangan seperti dipulas2. Mohon pendapat ustaz.

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum ustaz. Sy nk mintak pandangan ustaz. Sy selalu ditindih sewakt tidur. Hampir setiap mlm sy mengalami bnde yg sme. Sy slalu jgk trjaga tgh2 mlm. Bole dikatakan sy trjaga waktu yg sme setiap kali. Sblm sy tdo sy kne bkk bcaan alquran bru bole tdo tnpa gangguan. Brkait ngn jodoh sy ssh nk brkenan ngn sape2. Sy tau jodoh ketentuan sume ditangan tuhan tp kdg2 trfikir knape sush sy nk dpt jodoh. Bru2 ni sy ade knl seseorg. Kami brcadang nk kawen dlm hjg tahun ni tp ended kiteorg gaduh smpai harini blum back to normal. Skang bile brckp psl kawen die mcm nk x nk je. Pdhl sblm ni die yg beria2.kdg2 bile sy kne tindih sy seakan trnampak bayang2 bnde tu. Sy pernah mengadu pd mak brkenaan mslh ni. Mak ade pegi jmpe ustaz. Ade bnde melekat kt sy. Sy xtau nk percaya ke x. Sy mintak ustaz bantu sy dlm mslh ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh hubungi saya melalui emel md.ariffin_darus@yahoo.com.my untuk rawatan selanjutnya.

      Padam
  28. Assalamualaikum..
    Sy sllu mgalami lebam d betis Dan d peha.
    PNG mmpi ular hitam.sy sudh bkwen n tidak
    Mpunyai anak..adkh sy d ganggu jin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh hubungi saya melalui emel md.ariffin_darus@yahoo.com.my untuk rawatan selanjutnya.

      Padam
  29. Assalamualaikum ustaz.

    Saya dimasukkan ke hospital pada 30 mac 2016 akibat darah tinggi 250. Semenjak itu, dada saya seperti menyucuk2. Sukar bernafas. Ketakutan. Badan sentiasa panas menggigil seperti demam tapi bila disukat dgn termometer - tak demam. Kes saya dirujuk kpd IJN namun diisytihar sihat. Tangan dan kaki sering sejuk dan kebas. Kerap bertengkar dgn isteri. Garis kuku semakin hilang. Banyak tempat pegi berubat namun masih sakit.

    Mohon bantuan ustaz. Terima kasih. Boleh hubungi saya di email elfaizisolutions@gmail.com

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum..
    Sy ingin btnya..kjadian ini ketika sy mgerjakan smbhyang zuhur. Seawal smbhyang sy sudah bniat utk bserah kpd Allah. Ketika sy tgh smnhyang sy trasa badan sy kebas dn kembang/besar.. apakah ini adalah gangguan ustaz?

    BalasPadam

Artikel Popular