HARAP MAAF. BLOG INI SEDANG MENGALAMI PROSES PENAMBAHBAIKAN. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. TERIMA KASIH.
SEGALA PUJI BAGI ALLAH. PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM telah menerima PESAKIT dari SERATA NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH, SARAWAK, THAILAND, SINGAPURA, BRUNEI dan INDONESIA; juga dari AMERIKA, UK, JEPUN, OMAN, QATAR dan banyak lagi. Hubungi kami sekarang: 017 211 4745 / 017 765 1747. EKSKLUSIF. MENYELURUH. SISTEMATIK. TERBUKTI.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh

Tuan/Puan yang dikasihi Allah SWT sekelian.

TAHNIAH dan TERIMA KASIH kerana telah mengunjungi laman ini. Kami percaya bahawa Allah SWT yang telah mempertemukan anda dengan kami. Sesungguhnya sinar harapan baru untuk penyembuhan PENYAKIT dan penyelesaian MASALAH sedang menanti anda di sini.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Percuma! Bacaan Ruqyah Syariyyah 1 Jam!

MUATURUN PERCUMA UNTUK ANDA!

Assalamualaikum wht Tuan/Puan yang dikasihi Allah SWT,

Alhamdulillah! Audio Bacaan Ruqyah Syariyyah yang bertempoh selama 1 Jam oleh Sheikh Al-Ghamidi ini diberikan secara PERCUMA kepada anda. Ianya kemudian, bolehlah dipindahkan ke telefon bimbit melalui kabel atau 'bluetooth' agar mudah untuk dimainkan di mana sahaja.

MUATURUN SEKARANG!

Cara dan Tujuan Penggunaan
Bacaan Ruqyah Syariyyah ini hendaklah didengar berulang-kali setiap hari, siang dan malam bagi tujuan untuk meringankan, mahupun untuk menyembuhkan segala jenis penyakit (terutamanya yang berkaitan dengan gangguan jin/syaiton) yang dialami oleh orang dewasa, kanak-kanak atau bayi. Ianya juga boleh memberikan ketenangan hati, rohani dan jiwa kepada golongan mukminin dan mukminat.

Orang Islam yang selalu 'panas baran', malas mengerjakan solat dan kemurungan amatlah digalakkan untuk mendengar bacaan ruqyah ini.

Sekiranya ada gangguan di rumah/pejabat, maka bolehlah dipasang bacaan ini berulang-kali setiap malam dan/atau siang agar jin dan syaiton yang mengganggu akan lari jauh dari rumah/pejabat tersebut. Insyallah. 

PERINGATAN PENTING:

1) Untuk memaksimakan khasiat dari frekuensi gelombang audio ayat-ayat suci Al-Quran supaya masuk terus-menerus ke dalam tubuh badan anda (melalui deria pendengaran);  JANGAN diikuti bacaan ayat-ayat tersebut dengan suara atau hati anda. Ini adalah kerana untuk mengelakkan bacaan yang salah, tidak tepat atau boleh menghalang atau bertindih dengan kemasukkan frekuensi gelombang audio dan menyebabkan khasiat yang diterima tidak sempurna sepenuhnya.

Sebagai pilihan, semasa mendengar bacaan ayat-ayat suci tersebut, banyakkanlah berzikir di dalam hati: "Subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaha illallah, wallahuakhbar!" atau "Allah, Allah, Allah, Allah.........".

2) JANGAN mendengar bacaan ruqyah ini sewaktu memandu atau menunggang motorsikal (dengan 'earphone') kerana dikhuatiri orang yang mendengar itu pengsan, pitam, mengantuk, tertidur atau resah-gelisah sekiranya ada gangguan jin/syaiton dalam badan dan akan menyebabkan berlakunya kemalangan. Walau bagaimanapun, perkara sebegini tidaklah berlaku kepada semua orang.

Kesimpulan
Audio Bacaan Ruqyah Syariyyah ini adalah sejenis Terapi Audio - sebagai salah satu ikhtiar penyembuhan Penyakit/Masalah; dengan izin, kehendak dan kuasa Allah SWT jua. Kebiasaannya, untuk menyembuhkan sesuatu Penyakit/Masalah dengan sempurna, memerlukan penggunaan beberapa jenis Terapi serta teknik Rawatan yang tepat dan berpadanan dengan tahap Penyakit/Masalah. Untuk mendapatkan rawatan yang lebih terperinci dan menyeluruh, berjumpalah dengan kami di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM.

Namun, janganlah terkejut sekiranya Penyakit/Masalah anda boleh sembuh dengan sepenuhnya hanya semata-mata dengan mendengar bacaan ruqyah ini! Sesungguhnya, khasiat dari Al-Quran sama sekali tidak boleh kita nafikan atau pertikaikan kerana ayat-ayat yang dibacakan ialah 'kata-kata' dari Allah SWT dan merupakan mukjizat Nabi Muhammad SAW untuk kita semua - umat akhir zaman!

Selamat mendengar! InsyAllah!

MUATURUN SEKARANG!

Ikhlas dari Perawat Anda,

INDERA SAIFULLAH
HP: 017-765 1747
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM

2 ulasan:

  1. terima kasih yg tidak terhingga kerana sudi untuk berkongsi mp3 ayat ruqyah yg sgt bermanafaat ini! :)

    BalasPadam
  2. assalamua alaikum
    sejak semenjak ni bahu slu sakit,wallahu yahlam
    kwn kata mungkin ada benda,lepastu tengok peha ada lebam lak 2 ngn mcm tapak jari tangan
    lepastu malam sy dgr surah rugyah sbb sy susah tido
    mlm2 slu dgr lepastu 2 hari ini,sy tak boleh tido lak
    mcm mn ni,ada boleh bagi pandangan ker

    BalasPadam