HARAP MAAF. BLOG INI SEDANG MENGALAMI PROSES PENAMBAHBAIKAN. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. TERIMA KASIH.
SEGALA PUJI BAGI ALLAH. PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM telah menerima PESAKIT dari SERATA NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH, SARAWAK, THAILAND, SINGAPURA, BRUNEI dan INDONESIA; juga dari AMERIKA, UK, JEPUN, OMAN, QATAR dan banyak lagi. Hubungi kami sekarang: 017 211 4745 / 017 765 1747. EKSKLUSIF. MENYELURUH. SISTEMATIK. TERBUKTI.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh

Tuan/Puan yang dikasihi Allah SWT sekelian.

TAHNIAH dan TERIMA KASIH kerana telah mengunjungi laman ini. Kami percaya bahawa Allah SWT yang telah mempertemukan anda dengan kami. Sesungguhnya sinar harapan baru untuk penyembuhan PENYAKIT dan penyelesaian MASALAH sedang menanti anda di sini.

Selasa, 5 Julai 2011

Jin Yang Sedang Terbang!

Pada 30hb Jun 2008, semasa penerbangan saya dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi; saya telah mengambil beberapa gambar pemandangan di udara dan juga bentuk muka bumi dari atas kapal terbang. Sila perhatikan cetakan masa yang ada pada gambar-gambar berkenaan.

Entah macam mana, secara tidak sengaja, saya telah 'terambil' gambar sekelompok awan yang menyerupai seekor Jin yang sedang terbang! Mashaa allah.

Adakah ini seekor Jin yang sedang terbang (dalam bulatan kuning)???
Allah jua yang Maha Mengetahui.

Dari gambar di bawah, jelas kelihatan Jin ini memegang objek seperti 'cangkuk bulan sabit' di sebelah tangan kirinya. Tangan kanannya pula seperti mahu menangkap kapal terbang yang saya naiki itu.

Ketiga-tiga gambar di bawah telah dinaikkan kontras dan haba warnanya dengan perisian komputer bagi memudahkan pengecaman kelompok awan tersebut samada memang menyerupai seekor Jin atau tidak.
1. Kontras telah dinaikkan.
  
2. Haba warna dinaikkan ke tahap maksima dan garisan hitam dibuat
mengikut rupabentuk awan tersebut. Gambar juga telah dialihkan ('convert') kepada jenis 'watercolour'.
  
3. Gambar di'zoom-in'.

Adakah ini memang seekor Jin yang tinggal di awan, yang menyerupai sekelompok awan? ATAU hanya secara kebetulan, sekelompok awan yang 'menyerupai' seekor Jin? Sekiranya hanya kebetulan, ini memang sangat luarbiasa kerana 'Jin' ini siap memegang 'cangkuk bulan sabit' di tangan kirinya secara kebetulan. Sekiranya benar ini seekor Jin yang sedang terbang di udara, maka saya hanya pasrah dengan keizinan Allah SWT kerana membolehkan kamera saya merakam gambar ini. Ingatlah, tidak ada yang mustahil bagi Allah SWT.

Untuk makluman anda, semasa gambar misteri ini diambil, kapal terbang saya berkemungkinan berada di ruang udara negeri Perak, iaitu lebih kurang 20-25 minit sebelum saya mendarat di Pulau Langkawi, Kedah. Alhamdulillah, penerbangan tersebut lancar dan tidak ada apa-apa masalah sewaktu penerbangan. Berkemungkinan 'Pilot' atau penumpang yang lain juga telah nampak Jin ini? Wallahu'alam. Hanya Allah SWT jua yang Maha Mengetahui akan segala-galanya yang di langit dan di bumi. Dialah Tuhan Maha Pencipta Sekelian Alam.

Ikhlas dari saya

INDERA SAIFULLAH
Perawat (Healing Therapist)

1 ulasan:

  1. Saya ada gambar yg menyerupai org bunian yg sedang solat di atas air di kolam air terjun di pantai timur.

    BalasPadam