Isnin, 20 Jun 2011

Testimoni 1: Dari Bekas Pesakit

KES 1
“Sekiranya saya tidak pergi mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Al-Qayyum pada hari itu, berkemungkinan nyawa saya sudah tiada. Pada hari itu, seluruh badan saya berasa teramat panas dan berasa ada sesuatu yang mencekik leher saya dari belakang. Kepala saya juga berasa sangat sakit dan pening. Dalam keadaan terhoyong-hayang, saya telah sampai di Pusat Rawatan Al-Qayyum pada jam lebih kurang 10 pagi. 

Saya telah disambut dengan mesra oleh para Perawat di situ. Mereka telah menjalankan rawatan dengan segera, dengan membaca ayat-ayat ruqyah. Setelah beberapa ketika, saya telah muntah dan di dalam muntah saya mengandungi seakan-akan rambut, lintah dan sebagainya (walaupun saya belum makan apa-apa pada pagi itu). Rupa-rupanya saya telah dikenakan dengan ilmu hitam oleh manusia yang terkutuk (yang saya kenali). Alhamdulillah, penyakit saya telah berjaya diubati di Pusat Rawatan Al-Qayyum. Perkhidmatan yang diberikan oleh para Perawat di situ adalah sangat mesra dan ramah, seperti berada dengan ahli keluarga sendiri. Terima kasih Pusat Rawatan Al-Qayyum. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa mereka kerana sudi membantu saya.”

- Peguam / Ibu Tunggal, 35; Sg Buloh, Selangor.


KES 2
“Saya pernah mengalami krisis rumahtangga yang teruk sejak beberapa tahun yang lalu dan pernah menghadiri beberapa sesi kaunseling dari pihak Jabatan Agama Islam. Saya juga pernah berikhtiar mendapatkan rawatan dari ramai pengamal perubatan islam yang terkenal dan telah menghabiskan ribuan ringgit. Namun, pertengkaran dan pergaduhan di antara saya dengan isteri saya masih tiada penghujungnya. 

Dengan kuasa Allah, saya telah menjumpai laman Pusat Rawatan Al-Qayyum di dalam internet dan telah berhubung dengan Cikgu Indera. Setelah menjalani beberapa Sesi Rawatan dan Terapi, alhamdulillah, rumahtangga saya kini telah kembali aman dan damai. Melalui rawatan secara menyeluruh dan terperinci yang dilakukan oleh para Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum, telah berjaya memulihkan rumah, tempat perniagaan, isteri, anak-anak dan diri saya dari gangguan syaitan dan jin laknatullah yang selama ini telah mengganggu kehidupan dan rezeki saya. Terima kasih kepada Pusat Rawatan Al-Qayyum. Semoga pusat ini akan terus dapat membantu masyarakat dan berkembang maju. Insyallah.”

- Ahli Perniagaan, 57; Keramat, Kuala Lumpur.


KES 3
“Saya adalah seorang pelajar perempuan di sebuah institusi pengajian teknikal dan pernah menghidapi penyakit aneh di mana kaki kiri saya berasa sangat lemah dan tidak mampu berjalan dengan normal (tempang) selama beberapa bulan. Badan saya juga berasa amat berat dan menjadikan saya menghabiskan masa dengan banyak tidur. Syukur alhamdulillah, setelah berubat dengan Cikgu Indera dan pembantunya selama tiga hari berturut-turut, saya kini telah pulih sepenuhnya. Terima kasih kepada kedua ibubapa saya yang telah berikhtiar mendapatkan rawatan dari Pusat Rawatan Al-Qayyum. Saya kini berasa lebih sihat, yakin dan akan berusaha untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.”

- Pelajar, 22; Keramat, Kuala Lumpur.

KES 4
“Alhamdulillah, saya akhirnya telah bertemu dengan jodoh yang saya idam-idamkan dan akan mendirikan rumahtangga tidak berapa lama lagi. Melalui empat Sesi Rawatan dan Terapi di Pusat Rawatan Al-Qayyum telah berjaya membuang saka yang ada pada saya sejak kecil lagi, yang selama ini telah menghalang ramai lelaki untuk mendekati dan menyukai saya atau ada juga yang menjadikan saya membenci mereka. Kepada mereka yang mempunyai masalah jodoh, saya mengesyorkan kepada saudara/saudari untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Al-Qayyum. Dengan izin Allah, setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah ada penyelesaiannya.”

- Kerani, 37; Kajang, Selangor.


KES 5
“Saya baru sahaja mendirikan rumahtangga sejak beberapa bulan yang lalu. Tugas saya sebagai seorang pengusaha restoran memerlukan saya untuk pulang lewat malam setiap hari. Isteri saya sering mengadu berasa tidak selesa ketika berada berseorangan di rumah, iaitu ketika saya pergi bekerja. Menurutnya, dia berasa seperti ada makhluk lain di dalam rumah, terutamanya pada waktu malam. Dia juga mengadu berasa benci dan marah terhadap saya tanpa sebab apabila saya pulang ke rumah. 

Pada mulanya saya menyangka isteri saya hanya mengalami gangguan emosi atau sekadar permainan perasaan. Setelah menerima nasihat dari seorang sahabat, saya telah menjemput Cikgu Indera dan pembantunya datang ke rumah saya. Rupa-rupanya, isteri saya telah dikenakan dengan ilmu hitam oleh seseorang dan disahkan memang ada gangguan jin di rumah saya. Syukur alhamdulillah. Selepas tiga hari menjalani rawatan, isteri saya telah pulih dan kembali ceria. Rumah saya juga telah dipulihkan; tidak ada lagi sebarang gangguan serta berasa lebih sejuk dan tenang dari sebelumnya. Saya sangat berterima kasih kepada Cikgu Indera dan kakitangan dari Pusat Rawatan Al-Qayyum yang telah banyak membantu saya. Perkhidmatan yang diberikan oleh mereka adalah sangat profesional, cekap dan mesra. Saya amat yakin dengan keupayaan mereka untuk merawat apa jua penyakit.”

- Ahli Perniagaan, 45; Petaling Jaya, Selangor.


KES 6
“Saya telah mengalami batuk yang serius dan sakit tekak selama lebih dari 2 minggu walaupun telah berjumpa dengan doktor di klinik dan telah mengambil beberapa botol ubat batuk. Saya telah disyorkan oleh bapa saya untuk pergi mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Al-Qayyum. Pada mulanya, saya memang kurang yakin dengan kaedah rawatan selain dari perubatan moden. Pada malam itu, bersama-sama dengan suami serta ibubapa saya; kami telah pergi Pusat Rawatan Al-Qayyum. Saya telah dibacakan dengan ayat-ayat ruqyah oleh Cikgu Indera dan telah diberi minum air garam. 

Saya telah diberitahu bahawa saya telah terkena ‘santau batuk’ (ibu santau yang hampir mengenai) yang boleh mengancam nyawa sekiranya tidak diubati dengan segera. Saya juga telah dimaklumkan oleh Perawat bahawa saya akan ‘dimuntahkan’ bagi mengeluarkan sihir/racun di dalam badan saya. Saya tidak menghiraukan makluman tersebut kerana pada waktu itu, saya memang tidak terasa langsung hendak muntah. Dalam perjalanan pulang (dengan kereta), belum sempat sampai di rumah; saya telah muntah dengan agak teruk di tepi jalanraya. Selepas muntah, batuk saya terus menjadi lega. Rupa-rupanya memang benar seperti yang telah dimaklumkan oleh Cikgu Indera. Alhamdulillah, selepas mendapatkan rawatan susulan pada keesokkan harinya; saya telah pulih sepenuhnya. Terima kasih kepada Pusat Rawatan Al-Qayyum. Syukur alhamdulillah, dengan kuasa, kehendak dan keizinan Allah SWT jua;  beliau dan kakitangan telah berjaya menyelamatkan saya dari penyakit yang merbahaya.”

- Ahli Perniagaan, 27; Kuang, Selangor.


KES 7 
“Makcik telah berubat dengan ramai bomoh yang handal, tetapi masih belum juga sembuh. Malahan, ada yang telah menokok-tambah sihir ke atas Makcik, agar selalu berjumpa dengan mereka. Makcik telah mengalami masalah sakit kedua-dua belah kaki dari lutut ke bawah dan sukar untuk berjalan sejak lima tahun yang lalu. Makcik memang percaya bahawa sakit Makcik ini bukannya disebabkan oleh faktor usia yang telah meningkat, sepertimana yang diberitahu oleh doktor. Makcik terus berdoa setiap hari agar dipertemukan dengan penawarnya. Akhirnya, dengan takdir Allah SWT; Makcik telah berjumpa dengan ‘flyer’ Pusat Rawatan Al-Qayyum di sebuah masjid dan terus menghubungi mereka. Setelah dibuat scan, mereka mendapati ada bisa lama (akibat sihir dan santau) yang telah mendap dan mengeras di dalam kaki Makcik. 

Setelah menjalani beberapa Sesi Rawatan dan Terapi, akhirnya kaki Makcik telah beransur sembuh; yang kini 90% telah sembuh. Makcik berasa sangat selesa dan gembira dengan layanan mesra serta  rawatan dan terapi yang diterima dari para Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum. Semenjak itu, Makcik telah membawa ahli-ahli keluarga (adik, kakak dan anak) Makcik untuk berubat di Pusat Rawatan Al-Qayyum. Makcik juga telah meminta mereka mengubati beberapa masalah lain yang dihadapi oleh Makcik. Kini, badan makcik juga semakin kuat dan cergas dan membolehkan Makcik untuk mengerjakan ibadat dengan sempurna setiap hari. Mereka ini amat komited di dalam memberikan rawatan dan telah menganggap Makcik seperti ahli keluarga sendiri. Terima kasih kepada Indera Saifullah kerana telah membantu Makcik. Semoga Allah SWT terus memberkati pekerjaan mulia mereka ini.”

- Saintis (Bersara) / Ibu Tunggal, 64; Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


KES 8
“Saya mengalami kekejangan otot di bawah dada kanan, yang sentiasa mengeras (seperti ada ketumbuhan sebesar penumbuk) dan menyukarkan saya untuk bernafas dan bergerak dengan lancar. Penyakit ini telah saya alami sejak selepas Hari Raya Aidilfitri tahun sudah (2010). Saya telah menjalani rawatan di hospital swasta dan juga telah menjalani fisioterapi. Ribuan ringgit telah saya belanjakan. Namun, tiada sebarang perubahan. 

Akhirnya, saya telah diperkenalkan kepada Cikgu Indera dan para pembantunya pada bulan Mei 2011 oleh jiran saya. Setelah dibuat scan dan analisis, rupa-rupanya ada makhluk halus yang telah ‘berumah’ di dalam badan saya akibat dari saka seseorang yang menyimpan dendam terhadap saya. Saya telah disyorkan untuk menjalani tiga Sesi Rawatan dan Terapi dalam masa tiga hari berturut-turut. Alhamdulillah, penyakit saya telah hilang sepenuhnya. Saya kini berasa sangat sihat dan cergas, lebih baik dari keadaan saya sebelum sakit dahulu. Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mempertemukan saya dengan Pusat Rawatan Al-Qayyum. Saya dan isteri amat kagum serta yakin dengan kepakaran dan pengalaman yang ada pada mereka. Insyallah.”

- Pesara, 65; Ampang, Kuala Lumpur.


KES 9
“Terima kasih kepada Pusat Rawatan Al-Qayyum kerana telah membantu mengatasi masalah lelaki baik seperti saya. Walau pun saya bukan beragama Islam, saya telah dilayan dengan mesra dan ikhlas oleh  Perawat dan kakitangan di Pusat Rawatan Al-Qayyum. Ada beberapa orang kakitangan bawahan saya yang langsung tidak menghormati saya. Begitu juga dengan bos saya yang suka bercakap tidak benar dan sering mempermainkan saya. Melalui kaedah pengubatan mereka, saya kini berasa lebih yakin dengan diri sendiri dan lebih dihormati oleh kakitangan bawahan dan bos saya. Saya pasti akan mengesyorkan kepada sesiapa sahaja untuk mendapatkan rawatan di sini sekiranya menghadapi sebarang masalah atau penyakit. Rawatan mereka adalah amat profesional dan sistematik! Sikap para Perawat di sini mengejutkan saya kerana mereka sememangnya bersikap terbuka, peramah dan amat prihatin dengan masalah yang saya hadapi.”   

- Eksekutif, 25; Kota Damansara, Selangor.


KES 10
“Sebagai seorang Pembawa Virus HIV, saya telah mengalami tekanan emosi dan jiwa kerana sudah tidak nampak masa depan saya untuk hidup seperti manusia normal. Doktor mengatakan bahawa penyakit saya memang tidak ada penawarnya dan menasihatkan saya untuk memutuskan hubungan dengan teman wanita saya. Akibat keterlanjuran saya di dalam melakukan hubungan sejenis  dua tahun yang lalu (kerana kejahilan saya tentang Islam), telah membawa kedukaan yang amat dasyat. Melalui pencarian saya di dalam internet, akhirnya saya telah berjumpa dengan laman Pusat Rawatan Al-Qayyum. Memandangkan saya hanyalah seorang pelajar, mereka tidak mengenakan Caj Rawatan dan Terapi yang tinggi; malahan mengikut kemampuan saya. Setelah menjalani tujuh kali Sesi Rawatan dan Terapi di dalam masa dua bulan, saya kini berasa lebih sihat dan cergas berbanding sebelum itu. 

Dengan menggunakan teknik perubatan islam, majoriti virus-virus HIV di dalam darah saya telah berjaya dimusnahkan. Ini telah dapat dibuktikan melalui kiraan sel darah putih saya yang kian meningkat setiap bulan (melalui pemeriksaan darah). Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberikan saya peluang untuk terus hidup di dunia ini. Saya kini telah insaf dan bertaubat. Jutaan terima kasih kepada Cikgu Indera dan pembantunya kerana telah sudi mengubati penyakit saya. Banyak nasihat dan dorongan telah saya terima dari mereka. Saya kini sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT agar kehidupan saya sentiasa diredhai dan dirahmati olehNya. Sesungguhnya, kewujudan Pusat Rawatan Al-Qayyum merupakan rahmat dari Allah SWT yang tidak dapat dinilai dengan wang-ringgit, terutamanya untuk Pesakit seperti saya. Syukur alhamdulillah! Allahuakhbar!”

- Pelajar, 23; Shah Alam, Selangor.

4 ulasan:

  1. saya adalah pelajar , disebabkan kejahilan saya dan nafsu saya telah melempiaskan nafsu saya ke atas perempuan pelacuran.saya sudah 2 tahun membawa symtomp HIV , saya memang nk berubah dn alhamdulillah saya dpt buat perubahan sedikit demi sedikit tapi saya sering dialami stress apabila memikirkan ttg HIV , ttg kemasukan ke degree memerlukan test darah menjadi pemain bola kene test darah, bolehkah saya mendapat rawatan islam ?selepas itu saya berserah kepada allah .

    BalasPadam
  2. Salam ustaz,

    Saya mengalami sejuk kaki dan kepala pening dari pukul 9.00 hingga pukul 1.00 selepas itu beransur hilang.

    Macam mana cara kalau ingin mendapatkan rawatan di tempat ustaz dan bagaimana dengan bayarannya.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum, berapa kos rawatan untuk merawat HIV? dan bagaimana pula dengan rawawtannya dijalankan? saya mahu berubah

    BalasPadam
  4. assalamualaikum..adakah ini benar?

    BalasPadam

Artikel Popular