PUSAT PERUBATAN ISLAM YANG SEMAKIN POPULAR DI SERATA MALAYSIA, SINGAPURA, BRUNEI DAN INDONESIA..... EKSKLUSIF. MENYELURUH. SISTEMATIK. TERBUKTI. HUBUNGI KAMI SEKARANG!

SELAMAT DATANG KE PUSAT RAWATAN Al-QAYYUM

RAWATAN DAN TERAPI AL-QURAN . BEKAM SUNNAH . RAWATAN JARAK JAUH . RAWATAN RUMAH DAN PREMIS PERNIAGAAN . KELAS MENGAJI AL-QURAN . PRODUK KESIHATAN ISLAM . PROGRAM LATIHAN PERAWAT ISLAM . PROGRAM PERUBATAN ISLAM BERGERAK .

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

PUSAT PERUBATAN ISLAM Yang Semakin POPULAR Di Serata MALAYSIA, SINGAPURA, BRUNEI dan INDONESIA..... EKSKLUSIF! MENYELURUH! SISTEMATIK! TERBUKTI!

"Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami CAHAYA kami dan ampunilah kami sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu" (At-Tahrim: 8)

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari AL-QURAN ayat-ayat suci yang menjadi UBAT PENAWAR dan RAHMAT bagi orang yang BERIMAN kepadanya..." (Al-Israa': 82)

Baca selanjutnya...

Saya mahu menerima Artikel terkini melalui email!

Ahad, 16 Januari 2011

Maksud Penyembuhan Holistik (Umum)

Penyembuhan Holistik (Holistic Healing) bererti mengambil pendekatan secara keseluruhan ketika mencari rawatan untuk ketidakseimbangan dan memilih untuk hidup dalam gaya hidup yang lebih seimbang. Apa yang paling membezakan antara penyembuhan holistik dengan rawatan alternatif, rawatan komplementari dan rawatan integratif ialah kesihatan fizikal tidak semestinya menjadi fokus utama. Walaupun demikian, sering kali pengalaman ketidakselesaan fizikal yang terlebih dahulu mendesak pengejaran terhadap pemulihan Holistik seseorang.

Memang benar bahawa rasa sakit dan ketidakselesaan fizikal akan menuntut perhatian kita. Disebabkan inilah kata pepatah "mencuat keluar seperti ibu jari yang sakit " berasal. Sukar untuk mengabaikannya ketika kita secara fizikalnya jelas sakit. Akal yang sihat mengatakan kepada kita bahawa kita harus mencari bantuan untuk meringankan ketidakselesaan itu. Penyembuhan holistik bukanlah "alternatif" kepada rawatan perubatan konvensional. Kadangkala, dengan pergi kepada profesional dalam perubatan adalah penyelesaian terbaik di dalam menangani sesuatu ketidakselesaan.

Kesakitan fizikal adalah simtom ketidakseimbangan besar, yang mungkin mempunyai atau mungkin tidak mempunyai sebab asas dalam fizikal.

Holistik atau penyembuhan "keseluruhan" berhubung dengan semua bahagian seseorang individu, bukan hanya dari aspek fizikal sahaja di mana kesakitan ditunjukkan secara paling jelas. Penyembuhan holistik tidak dimaksudkan sebagai bantuan-sekelompok atau pembaikan dalam satu masa. Ianya adalah satu perjalanan berterusan penemuan di dalam mencari lebih banyak jawapan dan yang paling utama, menikmati kehidupan yang lebih baik, lebih sihat dan berjuang demi kesejahteraan secara keseluruhan.

Penyembuhan Holistik sebenarnya ialah sebuah pendekatan gaya hidup. Pendekatan Holistik jauh melampaui hubungan minda-tubuh bagi mencari dan mempertahankan kesihatan. Kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan sangatlah penting. Seluruh bahagian dari kehidupan seseorang (penyembuhan fizikal, kesihatan mental, kesejahteraan emosional, rohani, kepercayaan dan nilai-nilai) perlu diambilkira. Mengambil pendekatan Holistik melibatkan pencarian kaedah yang akan membantu kita menarik keinginan dan mencari kekuatan peribadi. Seseorang yang merangkul keinginan untuk mencari kesejahteraan dalam dirinya sendiri akan belajar betapa pentingnya untuk menjaga perhubungan, mengambil berat tentang alam dan persekitaran, mempunyai belas kasih terhadap manusia secara keseluruhannya, serta menerima dan bertolak-ansur di antara kepelbagaian populasi manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan